KEM MEMBACA 1MALAYSIA & MAJLIS PELANCARAN NILAM



KEM MEMBACA 1MALAYSIA & MAJLIS PELANCARAN NILAM telah diadakan pada hari Rabu, 6 April 2016 bertempat di bilik j-QAF. Program ini dilaksanakan selama 3 hari, melibatkan semua murid dari PraSekolah hingga tahun 6 dan semua guru.

Dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan lagu Allah Selamatkan Sultan Kami, Bacaan Doa, dan membaca serentak 1Malaysia selama 5 minit. Ucapan oleh GPK 1 dan seterusnya majlis Perasmian yang telah disempurnakan oleh tuan Guru Besar SKKS dengan gimik pelancaran.

Selepas itu, sesi bercerita oleh tuan Guru Besar. Akhirnya tayangan Upin-Ipin berkaitan tabiat membaca. Semoga dengan program ini akan meningkatkan minat membaca dikalangan murid-murid dan guru.

PEMUAFAKATAN IBU BAPA MURID LINUS 2016

Majlis bersama ibu bapa murid LINUS ini telah diadakan pada 31 Mac 2016 / 22 Jamadilakhir 1437H, hari Khamis, jam 2.30 Petang bertempat di Makmal Komputer SK Kampung Shafie

Majlis ini dianjurkan oleh Jawatankuasa LINUS, Unit Kurikulum SK Kampung Shafie Kehadiran. Seramai 16 Orang Ibu Bapa, 16 Orang Murid LINUS dan 12 Orang Guru terlibat dalam majlis ini.

Berikut merupakan tentatif majlis: - Pendaftaran - Ucapan Alu-aluan Juru Acara - Bacaan Doa - Ucapan Guru Besar - Taklimat LINUS Oleh GPK 1 - Sesi Perbincangan - Penyerahan Modul Kepada Ibu Bapa -Jamuan Ringan -Bersurai
Dengan program ini akan dapat mengurangkan bilangan murid LINUS di SKKS, dan mencapai KPI yang telah ditetapkan. In shaa Allah...

BENGKEL PENGISIAN SKT & PENGISYTIHARAN HARTA DALAM HRMIS

Bengkel ini telah diadakan pada  29 Mac 2016 / 20 Jamadilakhir 1437H, Selasa, 2.15 Petang bertempat di Makmal Komputer SK Kampung Shafie. Seramai 12 Guru & 1 Staf menghadiri bengkel ini. Bengkel ini telah disampaikan oleh Pn.Nurzaihan Binti Sharif - GPK 1

Semua Guru & Staf Yang Hadir Diberi Taklimat dan Penerangan Mengenai Cara Pengisian Sasaran Kerja Tahunan & Pengisytiharan Harta Melalui Aplikasi HRMIS. Semua Guru & Staf Yang Hadir Diberi Panduan Untuk Mengakses Secara Individu dan Memasukkan Maklumat-Maklumat Yang Diperlukan. Tarikh Akhir Melengkapkan SKT ialah 31 Mac 2016 & Manakala Tarikh Akhir Melengkapkan Maklumat Pengisytiharan Harta pada 30 Jun 2016.


e-FILING 2015

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ingin memaklumkan bahawa pengemukaan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) Tahun Taksiran 2015 melalui e-Filing bagi Borang E, BE, B, BT, P, M, MT dan TF boleh dilakukan mulai 1 MAC 2016. Klik pautan untuk e-Filing. 
Bagi Borang BE, pembayar cukai juga boleh mengemukakan borang tersebut menggunakan peranti mudah alih seperti telefon pintar dan tablet melalui aplikasi Mobile Filing (m-Filing)
.Borang Nyata Individu (Pemastautin yang tidak menjalankan perniagaan) (BE) -
Tarikh tutup pengisian borang BE ialah 30 APRIL 2016
 untuk pergi ke laman e-FILING sila klik gambar di bawah.
https://ez.hasil.gov.my/CI/
 SELAMAT MEMBAYAR CUKAI...