MAJLIS PENUTUPAN IHYA RAMADAN DAN PROGRAM TAUTAN KASIH SYAWAL 2023




    



KURSUS KEPIMPINAN MURID 2023

KURSUS KEPIMPINAN MURID 2023
( PENGAWAS SEKOLAH, PENGAWAS PSS, KETUA
KELAS, PENOLONG KETUA KELAS)
Tarikh : 12 APRIL 2023
Masa  : 12.15 pm  - 3.15 pm
Tempat : SK Kg Shafie
    Kursus ini adalah program tahunan yang dijalankan bagi murid-murid yang telah dipilih. Kursus  ini dirancang bagi melahirkan bakal pemimpin sekolah yang berkebolehan, berketerampilan dan mempunyai semangat pemimpin dalam diri pelajar untuk melaksanakan serta menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan kepadamereka.
    Selain itu, kursus  ini juga untuk memberi pendedahan kepada bakal pemimpinsekolah supaya dapat memimpin melaksanakan tugasan dengan cara yang betul dan berhemah. Syabas kepada semua murid yang terlibat dan terima kasih kepada semua guru dan akp yang telah menjayakan kursus ini.





PROGRAM MINGGU PERTAMA PERSEKOLAHAN 2023

Program minggu pertama persekolahan 2023 tanpa melibatkan PDPc dalam kelas. Program ini antara lain ingin memberikan Murid Ceria, Guru Bahagia, Sekolah Bitara dan Negara Sejahtera. Program ini dilaksanakan mengikut SPI BILANGAN 5 TAHUN 2023.
Antara cadangan aktiviti ialah:
An Arts Day With Parents
Be Proud(Attire) Profesional & Non Profesional
Jom Berzumba
Yoga Day
Gotong Royong
Indoor Games & Sukan Rakyat
Surat Untukmu
Majlis Perasmian dan Penutupan oleh YDP PIBG SKKS
Pelancaran Program ABC (Anak Yang Baik Lagi Cerdik) Peringkat Sekolah
Program ini telah dilaksanakan dengan jayanya dan murid-murid seronok datang ke sekolah.




PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM TKRS 2022


memasang khemah

membina gajet

memasak
ikhtiar hidup

ikhtiar hidup
malam kebudayaan

PENGAGIHAN WANG ZAKAT BANK RAKYAT

Jumaat, 2 Disember 2022 telah diadakan pengagihan wang zakat Bank Rakyat kepada semua murid yang layak daripada tahun 1 hingga tahun 6. Seramai 37 orang murid yang telah terpilih dan layak menerima bantuan zakat akan menerima RM100 seorang. Jutaan terima kasih kepada Bank Rakyat di atas bantuan wang zakat ini. Semoga yang mendapat bantuan zakat dapat menggunakan dengan berhemat dan bermaanfaat. Terima kasih kepada semua guru kelas dan ibu bapa yang telah menjayakan program ini.