PERJUMPAAN IBU BAPA/PENJAGA TAHUN 5 DAN 6 SIRI 1 2016

Perjumpaan kali pertama ini telah diadakan seperti ketetapan berikut:
Tarikh: 18 Februari 2016
Masa: 3.00 petang
Tempat: Makmal ICT SKKS
Perjumpaan ini mendapat sambutan menggalakkn daripada ibu bapa/penjaga. Kehadiran ibu bapa hampir 100%. Hanya seorang ibu bapa murid yang tidak hadir. Ia bertujuan untuk mendedahkan maklumat terkini berkaitan pendidikan, khususnya UPSR 2016, isu-isu semasa, perkembangan pembelajaran murid tahun 5 dan 6, berkaitan kemajuan pembelajaran anak-anak mereka serta bagaimana untuk membantu meningkatkan kemajuan dan peningkatan prestasi anak-anak mereka dalam akademik. Terima kasih kepada ibu bapa/penjaga yang hadir dan semua guru ang terlibat.











KEJOHANAN MERENTAS DESA B12 MSSD BENTONG 2016

Kejohanan Merentas Desa B12 MSSD Daerah Bentong telah diadakan pada hari Selasa, 16 Februari 2016. Seramai 8 orang peserta telah menyertai kejohanan merentas desa tersebut terdiri daripada 4 orang murid lelaki dan 4 orang murid perempuan. Kejohanan merentas desa ini telah dilangsungkan di Sekolah Menengah Lurah Bilut. Seramai 2 orang guru pengiring telah menghantar pasukan ini. Pencapaian terbaik adalah kedudukan ke-6 untuk peserta lelaki iaitu, Mohd Zulhamizan bin Shamsul Kakhar. Syabas dan tahniah kepada pasukan merentas desa, terutama pengurus pasukan, jurulatih dan pemain yang berjaya memenangi hadiah. Kepada yang tidak berjaya usaha lagi untuk tahun hadapan. SKKS boleh!!!

PASUKAN BOLA BALING LELAKI 2016

Kejohanan Bola Baling B12 Lelaki MSSD Bentong 2016 telah berlangsung pada 01 Februari 2016 iaitu pada hari Isnin. Perlawanan berlangsung di Kompleks Sukan Komuniti Kg Baris. Pasukan bola baling lelaki cuba membuat penampilan baru setelah lama tidak menyertai kejohanan ini kerana kekurangan pemain. Walau pun pencapaian hanya diperingkat kumpulan, namun harus berbangga dengan kesungguhan dan semangat pemain untuk melawan. Syabas dan tahniah kepada pengurus pasukan, jurulatih dan para pemain diatas komitmen yang diberikan sepanjang latihan dan kejohanan berlangsung. Teruskan usaha untuk tahun hadapan... Cayok!!!


PASUKAN BOLA BALING SKKS 2016

Kejohanan Bola Baling B12 Perempuan MSSD Bentong 2016 telah diadakan pada 03 Februari 2016 iaitu pada hari Rabu bertempat di Kompleks Sukan Komuniti Kg. Baris. Pasukan bola baling telah lama tidak menyertai kejohanan kerana ketandusan pemain. Percubaan pada tahun ini amat baik walau pun pencapaian hanya diperingkat kumpulan sahaja. Tahniah dan syabas
diucapkan kepada pengurus pasukan, jurulatih dan pemain yang telah bertungkus-lumus menjalani latihan sebelum kejohanan berlangsung dan sepanjang kejohanan diadakan. Good Luck for the next year!!

PASUKAN PING-PONG SKKS 2016

Kejohanan ping-pong MSSD B12 lelaki daerah Bentong 2016 telah diadakan pada 03 dan 04 Februari 2016 iaitu pada hari Rabu dan Khamis. Pada 03.02.2016 acara single diadakan. Pada 01.02.016 acara bergu, acara separuh akhir dan akhir telah dilangsungkan.
Pasukan sekolah hanya menghantar pasukan lelaki sahaja pada tahun ini yang dilangsung di dewan Kolej Vokasional Tengku Ampuan Afzan(KVTAA). Pasukan sekolah hanya mencapai tahap suku akhir sahaja. Walau bagaimanapun ucapan tahniah dan syabas diucapkan kepada pemain kerana telah memberikan saingan yang sengit dan semangat juang. Pencapaian tahun ini lebih baik daripada tahun lepas.