Perjumpaan Ibu Bapa Tahun 5 dan 6 kali Pertama 2013

Perjumpaan ini diadakan pada 28 Feb 2013 di Makmal ICT sekolah. Perjumpaan kali pertama antara guru-guru dan ibu bapa serta penjaga murid tahun 5 dan 6. Fokus utama adalah pencapaian anak-anak dalam peperiksaan UPSR 2013 dan 2014.






Perbincangan banyak berkisar tentang program-program yang akan dilaksanakan untuk mencapai kecemerlangan UPSR 2013 nanti.

Sambutan Maulidur Rasul 2013

Sambutan Mauliur Rasul telah diadakan pada 7 Feb 2013. "Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah" itulah tema sambutan Maulidur Rasul tahun ini. Sambutan ini diserikan lagi dengan perarakan, ceramah oleh penulis buku iaitu Abdul Latip dan program-program sampingan yang lain seperti tadarus, hafazan, bercerita dan mewarna. Sambutan ini diadakan bersama dengan PIBG Sekolah. Jamuan ringan disediakan beserta hadiah untuk murid - murid yang berjaya dalam pertandingan yang disertai.