MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-37 2016

Mesyuarat Agung PIBG SKKS Kali Ke-37 telah dirasmikan oleh En. Abdul Ghaffar Bin Mat Idris PJK. Beliau merupakan wakil khas kepada Menteri Besar Pahang. Mesyuarat Agung Kali Ke-37 mendapat sambutan yang luar biasa daripada ibu bapa dan penjaga. Mesyuarat ini berjalan dengan lancar dan jayanya. Tahniah kepada semua warga SKKS, PIBG, Ibu Bapa/Penjaga dan semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. Tahniah juga kepada yang terpilih menjadi ahli PIBG yang baru untuk sesi 2016-2018. Terima kasih kepada semua bekas ahli PIBG sesi 2014-2016 yang telah banyak menyumbang kepada kemajuan dan pembangunan sekolah amnya.

GOTONG ROYONG PERDANA SIRI 2

Program gotong -royong Perdana Kali ke-2 ini diadakan pada 27 Februari 2016, iaitu pada hari Sabtu. Ramai ibu bapa/penjaga yang hadir untuk menyertai gotong-royong ini. Ini dapat mengukuhkan lagi jalinan antara ibu bapa dan sekolah seterusnya menghidupkan program Sarana Sekolah.
Antara aktiviti yang dijalankan ialah membina taman Sains dan Herba, Taman Prasekolah dan menanam pokok bunga serta membaiki paip yang rosak. Jamuan telah disediakan kepada hadirin yang ditaja oleh PIBG sekolah.

KEJOHANAN BOLA SEPAK B12 MSSD BENTONG 2016

Tarikh: 02 Mac 2016 / 22 Jamadilawal 1437H
Hari: Rabu
Masa: 8:30 Pagi
Tempat: SK Tuanku Fatimah BENTONG
 Pasukan Bola Sepak SKKS Menyertai Kejohanan Tahun Ini Setalah Lama Tidak Menyertai. Diundi Berada Dalam Satu Kumpulan Dengan SKF Mempaga 2, SISP Seri Bentong & SK Janda Baik
Keputusan Keseluruhan:
JOHAN: SK FELDA MEMPAGA 2
NAIB JOHAN: SK BUKIT PIATU
KETIGA: SK KAMPUNG SHAFIE
KEEMPAT: SK SRI LAYANG
 Tahniah Semua Pemain SKKS dan Jurulatih SKKS.
Untuk melihat lebih gambar sila ke FB Kokurikulum.