PERASMIAN PUSAT SUMBER DIGITAL SK KG SHAFIE

Pusat sumber sekolah SKKS telah diubahsuai dan dinaik taraf kepada Pusat Sumber Sekolah berkonsepkan digital. Murid-murid boleh membaca buku secara manual dan juga "online" menggunakan komputer dalam bilik media. Tahniah dan terima kasih kepada semua guru, staf dan murid yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan projek pengubahsuaian dan menaik taraf pusat sumber sekolah dari awal hingga akhir.Terima kasih juga kepada penderma dan peyumbang khusunya wang ringgit, makanan, tenaga, peralatan untuk menjayakan projek ini. Terima kasih kepada 2 orang pegawai PPD yang datang ke sekolah pada 29 November iaitu En. Kamil dan En. Zainal sekaligus merasmikan Pusat Sumber Digital SK Kg. Shafie, 2022. Tahniah!




KEM RIADHUL QURAN 1, 2022

Kem telah dijalankan pada 25 November 2022 iaitu hari Jumaat bertempat di bilik j-QAF Sk Kg Shafie.
Tahniah dan terima kasih kepada semua guru PAI dan j-Qaf serta murid-murid yang terlibat dalam kem ini. semoga ilmu yang diperolehi dapat dimaanfaatkan dimasa hadapan dan dapat meningkatkan penguasaan Al-Quran dalam diri murid-murid yang terlibat.





UJIAN SEGAK KALI KE-2 2022

Ujian segak kali ke-2 telah diadakan seperti ketetapan berikut:
Tarikh: 11 November 2022
Hari: Rabu
Masa: 8.00 pagi - 11.00 pagi
Tempat: SK Kg Shafie
Sasaran: Tahun 4, 5 dan 6
Aktiviti yang dijalankan adalah seperti ukur tinggi, timbang berat, Naik turun bangku (3 minit), Kira denyutan nadi, Bangkit tubi separa, tekan tubi, dan jangkauan melunjur.
Tahniah dan terima kasih kepada semua guru, staf dan murid yang terlibat dalam menjayakan ujian segak kali ini.