GOTONG - ROYONG PERDANA 2016

Bilik j-Qaf
Gotong-royong perdana 2016 telah diadakan pada hari Sabtu, 16 Januari 2016. Gotong-royong ini mendapat kerjasama daripada PIBG, ibu bapa dan warga SKKS. Bermula jam 7.30 pagi dengan aktiviti senamrobik dan diteruskan dengan gotong-royong mengindah, mencantikkan, mengemas dan membersihkan tempat-tempat yang telah ditetapkan. Gotong-royong ini telah dipecahkan kepada beberapa kumpulan yang diketuai oleh seorang guru. Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah:
Dinding Pemulihan

  • Senamrobik
  • Mengecat pagar sekolah
  • Mengecat dinding pemulihan dan makmal ict
  • Mengemas bilik j-Qaf
  • Mengemas Pusat Sumber Sekolah
  • Mengemas bilik BOSS
Bilik BOSS
Jamuan
Jamuan ringan disediakan kepada semua yang hadir. Terima kasih diucapkan kepada semua ibu bapa, PIBG, murid yang terlibat, guru dan kakitangan serta yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjaya program gotong-royong ini. Jutaan terima kasih juga kepada para penderma dan penyumbang seperti cat, wang ringgit dan tenaga.


Jamuan

Sudut KOKU dan HEM

Pusat Sumber

Makmal ICT

Wirering

Senamrobik

Cat Rak Kasut

Pagar Sekolah

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2016

Sambutan Maulidur Rasul 2016/1437H telah diadakan pada hari Khamis, 15 Januari 2016. Program bermula jam 7.30 pagi hingga 12.15 tengah hari bertempat di bilik j-Qaf.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah:
Perarakan
  • Berkumpul di tapak perhimpunan
  • Perarakan 
  • Bacaan Yassin dan tahlil
  • Perasmian
  • Ceramah
  • Kuiz
  • Pertandingan melukis poster dan mewarna
  • Penyampaian hadiah
Bacaan Yassin dan tahlil
Sambutan ini melibatkan semua warga sekolah, murid dan AJK PIBG. Aktiviti berjalan dengan lancar dan jayanya. Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dan yang memberikan kerjasama dalam menjaya program ini khususnya PIBG yang telah menyumbangkan sumber kewangan.



Ceramah Maulidur Rasul
Penyampaian Cenderahati kepada Penceramah

Pertandingan Poster dan Mewarna

Penyampaian Hadiah kepada Pemenang

PENATARAN MATA PELAJARAN UPSR 2016

Subjek BM
 Penataran mata pelajaran UPSR 2016 telah diadakan pada hari Selasa, 5 Januari 2016.
Mata pelajaran yang terlibat ialah:
1. BM Pemahaman
2. BM Penulisan
3. BI Pemahaman
4. BI Penulisan
5. Sains
6. Matematik
Subjek BM
 Ia disampaikan oleh guru yang telah pergi kursus penataran pada tahun 2015. Penataran ini bertujuan mendedahkan kepada semua guru tentang perubahan mata pelajaran UPSR 2016. Jika sebelum ini, UPSR mengikut format lama KBSR, 2016 format UPSR adalah format KSSR yang pertama. Murid tidak lagi mendapat 5A tetapi telah bertambah menjadi 6A. Pertambahan ini disebabkan oleh kertas BI yang telah dipecahkan kepada 2 kertas iaitu kertas pemahaman dan penulisan.

Banyak perubahan yang berlaku dalam setiap mata pelajaran. Untuk mendapat maklumat terperinci dan lanjut berkaitan perubahan ini, pihak ibu bapa bolehlah merujuk atau mendapat maklumat dari web Lembaga Peperiksaan Malaysia atau guru subjek masing-masing. Format yang terkini boleh rujuk jadual di bawah.
Jika tidak faham pihak ibu bapa boleh bertanyakan kepada guru subjek yang berkenaan.
Subjek Sains


Subjek BI

Subjek MT
Subjek MT

































Di bawah ini adalah format UPSR KSSR yang terbaru:

PENDAFTARAN TAHUN SATU DAN BAYARAN PERSEKOLAHAN 2016

Pendaftaran tahun 1 dan bayaran persekolahan 2016 tela diadakan pada 31 Disember 2015 iaitu pada hari Khamis. Ramai ibu bapa yang hadi untuk membuat pembayaran pada hari tersebut begitu juga dengan ibu bapa tahun 1 2016. Kaunter telah dibuka dari jam 8.30 pagi hingga 1.00 petang.
Terima kasih kepada semua guru yang bertugas dan ibu bapa yang hadir membuat pembayaran.