PROGRAM KESIHATAN PERGIGIAN

Selasa, 19 Februari 2019, Klinik Kesihatan Simpang Pelangai telah datang ke SKKS untuk menjalankan aktiviti seperti ceramah, pemeriksaan gigi, mengajar cara memberus gigi dengan betul dan lain-lain lagi. Terima kasih kepada Klinik Kesihatan Simpang Pelangai dan misi yang terlibat serta guru-guru dan murid-murid SKKS. Semoga ilmu yang disampaikan dapat diamalkan dengan sebaiknya untuk menjaga kesihatan gigi.

PROGRAM JOM KE SEKOLAH & GURU PENYANYANG 2019

Program JOM ke sekolah telah diadakan pada 18.02.2019 ISNIN. Program pemuafakatan antara KPM dan PDRM. Diharapkan dengan adanya program pemuafakatan ini akan dapat melancarkan lagi perjalanan dan pengurusan sekolah dalam menangani masalah-masalah seperti ponteng sekolah, jenayah dan sebagainya.
*untuk melihat lebih banyak gambar sila ke album FB sekolah

KEJOHANAN OLAHRAGA ZON PELANGAI 2019

TAHNIAH!...kepada pasukan olahraga sekolah yang telah menyertai Kejohanan Olahraga Zon Pelangai di SK Felda Chemomoi pada 15 Feb 2019 (Jumaat). Kontinjen seramai 18 orang murid telah berjaya membawa pulang 4 perak dan 3 gangsa. Tahniah kepada jurulatih, pengurus pasukan, guru pengiring dan semua yang terlibat dalam menjayakan kejohanan olahraga kali ini.
*untuk melihat gambar sila ke album FB sekolah

KEJOHANAN CATUR MSSD BENTONG 2019

TAHNIAH!.. diucapkan kepada pasukan catur SKKS di atas kejayaan yang cemerlang pada tahun ini berbanding tahun sebelumnya. Ini merupakan tahun kedua penyertaan. 2 orang murid layak ke peringkat negeri perempuan B12 iaitu adik Kaseh Khadejah (Johan) dan Hani Dahlia (Naib Johan) serta Afif Muqkriz (Tempat Ke-6). Tahniah kepada jurulatih dan pengurus pasukan catur sekolah serta semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. Kejohana berlangsung pada 12-14 feb 2019 di SMK Karak Setia.
*untuk melihat gambar lain sila ke album FB sekolah

KEJOHANAN BADMINTON MSSD BENTONG 2019

Tahniah diucapkan kepada adik Adam Asri dan Afif Muqkriz kerana berjaya mara sehingga pusingan separuh akhir untuk acara bergu. Tewan kepada SJK(T) Bilut 16-30. Kejohanan ini diadakan selama 3 hari iaitu 29, 30 dan 1 Feb 2019 di SJK(C) Khai Mun Repas. Tahniah kepada jurulatih dan pengurus pasukan serta semua yang terlibat.
*untuk melihat gambar sila ke album FB sekolah

KURSUS KEPIMPINAN PERDANA MURID 2019

Kursus ini telah diadakan selama 3 hari iaitu 29 dan 30 Jan serta 01 feb 2019. Ia melibatkan Pengawas Sekolah, Pengawas PSS, Ketua Kelas, Pen. Ketua Kelas, Murid Tahap 2 dan Pemimpin Muda Kokurikulum. Kursus berjalan dengan lancar dan jayanya.
*Untuk melihat gambar sila ke Album FB sekolah