HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN (HAK) 2018

Kredit: Sifum@ster(Banner)
Hari Anugerah Kecemerlangan (HAK) telah diadakan pada 22 November 2018 (Khamis). Majlis ini berjalan dengan lancar dan meriahnya. Majlis ini dirasmikan oleh Pn. Nor Haizan Binti Abu Hassan, Penyelaras Dun Pelangai sebagai wakil kepada YB Tuan Wong Tack (Ahli Parlimen Bentong). Banyak Anugerah disampaikan kepada murid dari murid Prasekolah hinggalah kepada Juara Murid yang disandang adik Mohd Ikhwan Bin Abu Zarin. Tahniah diucapkan kepada murid-murid yang berjaya mendapat hadiah dan kecemerlangan. Kepada murid-murid yang tidak berjaya usaha lebih gigih untuk tahun depan dan seterusnya. Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan HAK pada tahun ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Hanya Allah yang mampu membalasnya.
Kredit: Sifum@ster(Kulit Buku Program)
*Gambar penuh sila ke Album FB sekolah

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL S.A.W. 1440H, 2018M

Kredit: Cikgu Rozi
Sambutan Maulidur Rasul telah diadakan pada 19 November 2018 (Isnin) Peringkat Komuniti Kg Shafie. Kerjasama antara Sekolah, PIBG & KSIB, Masjid Kg Shafie, Kelas Bina Insan dan Pusat Komuniti Desa(PKD) telah berjaya mengadakan majlis ini dengan jayanya. Banyak aktiviti yang dijalankan sepanjang majlis tersebut seperti yang terdapat pada latar pentas di atas. Pada malamnya diadakan ceramah Maulidur Rasul dengan tajuk " Rasulullah Suri Teladan Ummah". Ceramah ini disampaikan oleh Yang Berbahagia Ustaz Shafie Bin Muda, Pegawai Hal Ehwal Islam, Ibu Pejabat Felda Kuala Lumpur. Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis ini.

* Untuk melihat lebih banyak gambar sila ke FB sekolah

SUKAN DWITAHUNAN SKKS KALI KE 29, 2018

Kredit: Sifum@ster
Kejohanan Sukan Dwi-Tahunan SKKS kali ke-29 telah diadakan pada 20 Oktober 2018 (Sabtu) yang telah dirasmikan oleh YB Pn Young Syefura Binti Othman (Wakil YB Tuan Wong Tack- Ahli Parlimen Bentong. Kejohanan Berlangsung dengan meriah sekali bermula jam 7.45 pagi hingga 1.30 tengah hari. Banyak acara sukan dipertandingkan untuk murid Prasekolah, Tahun 1 hingga 6 dan juga untuk Belia dan Komuniti Kg. Shafie. Juara Keseluruhan adalah Rumah Biru dikuti Rumah Kuning tempat kedua dan Rumah Merah tempat ketiga. Jutaan terima Kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Sukan Dwitahunan SKKS Kali Ke-29,2018 sama ada secara langsung atau tidak langsung. Hanya Allah yang dapat membalasnya.

*Untuk melihat gambar sila ke album fb sekolah