HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN (HAK) 2018

Kredit: Sifum@ster(Banner)
Hari Anugerah Kecemerlangan (HAK) telah diadakan pada 22 November 2018 (Khamis). Majlis ini berjalan dengan lancar dan meriahnya. Majlis ini dirasmikan oleh Pn. Nor Haizan Binti Abu Hassan, Penyelaras Dun Pelangai sebagai wakil kepada YB Tuan Wong Tack (Ahli Parlimen Bentong). Banyak Anugerah disampaikan kepada murid dari murid Prasekolah hinggalah kepada Juara Murid yang disandang adik Mohd Ikhwan Bin Abu Zarin. Tahniah diucapkan kepada murid-murid yang berjaya mendapat hadiah dan kecemerlangan. Kepada murid-murid yang tidak berjaya usaha lebih gigih untuk tahun depan dan seterusnya. Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan HAK pada tahun ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Hanya Allah yang mampu membalasnya.
Kredit: Sifum@ster(Kulit Buku Program)
*Gambar penuh sila ke Album FB sekolah

1 comment:

Cikgu Haanan said...

Slmt pagi cikgu. Boleh share softcopy banner? tq :)