SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH

Seperti kebiasaannya, setiap tahun akan diadakan Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah demi meraikan guru-guru. Pada tahun ini sambutan dimulakan pada pukul 8.00 pagi. Acara pertama adalah nyanyian lagu wajib perhimpunan iaitu Lagu Negaraku, Lagu Negeri Pahang dan Lagu Sekolah versi baru. Selepas itu, majlis yang dipengerusikan oleh Intan Farah Nabila dan Sofarina diteruskan dengan acara bacaan perutusan oleh GPK 1 dan GPK Ko-kurikulum. Acara diteruskan pula dengan Bacaan Ikrar yang diketuai oleh Encik Ismail b Abdul Ghani. Selepas itu para guru menyanyikan lagu Guru Malaysia dengan penuh semangat. Acara dalam dewan sesi pagi berakhir dengan ucapan oleh Tuan Guru Besar Ustaz Ramli b A. Hamid.
Acara padang dimulakan dengan Perlawanan Bola Sepak antara Guru Lelaki VS Murid Lekaki yang melihatkan betapa Murid Lelaki tidak berjaya mengalahkan Guru Lelaki yang memenangi Acara tersebut dengan jaringan 2-0. Selepas itu, Guru Perempuan VS Murid Perempuan berentap dalam acara Bola Jaring. Menyaksikan Pasukan Murid yang menjadi Naib Juara Daerah Bentong menang tipis 4-2. Acara diteruskan dengan permainan Uli, Baling dan Sambut Tepung. Acara ini menyaksikan betapa guru-guru dan staf SKKS tidak pandai menguli tepung kerana tiada satu kumpulan pun yang berjaya menepati syarat pertandingan dan akhirnya pertandingan yang ditamatkan tanpa pemenang ini bertukar menjadi medan pertempuran tepung.
Setelah berpenat lelah di padang, semua warga SKKS dijamu makan di kantin sekolah dan acara dewan sesi kedua pun bermula menyaksikan pertandingan melipat lampin. Gamat jadinya dewan dengan sorakan murid-murid. Dan acara ini menyaksikan Guru Besar memenanginya dan tempat kedua disandang oleh GPK 1. Semua yang memang orang vateren. Yang muda-muda dah tak cekap lipat lampin sebab dah pakai lampin pakai buang yang tak perlu dilipat. Seterusnya guru-guru diuji lagi dalam acara kotak beracun di mana guru bertuah pertama adalah Sazali. Dia dikehendaki meniru gaya Mak Nyah. Yang kedua Sabariah dengan iklan Meggi Besar Punya. Diikuti oleh GPK Ko aka Ateh dengan lagu Lorat Negori 9. Mangsa seterusnya Sabariah lagi dengan Iklan Brrrr Coca Cola. Cikgu Mail dengan Lagu Eh Wau Bule. Hasnah dengan Lakonkan Watak Filem P. Ramlee. Sazali lagi dengan dialog Watak Cikgu Ros dalam Laksamana Bujang Lapuk. GPK 1 dengan lagu teganung kite. Diikuti dengan Mira Watak Sudin dalam Seniman Bujang Lapok. Dan Syaifurusdi dengan Lagu tikar terbangnya. Dan terakhir Intan dengan watak Jin dalam Ahmad Albab. Satu-satunya Cikgu yang tak terkena dera dengan kotak beracun adalah Saizu yang mempunyai penawar kepada semua racun itu kerana dialah taikonya. Setelah letih bergelak ketawa menyaksikan aksi yang tak pernah dilihat murid sebelum ini terutamanya nyanyian tikar terbang yang memang kelakar oleh Sedi. Kita beralih pula ke acara yang agak santai iaitu pertukaran hadiah antara guru-guru yang menyaksikan semua guru tersenyum gembira mendapat hadiah dari teman-teman. Selepas itu wakil murid menyampaikan cenderamata kepada semua guru, kakitangan dan staf SKKS sebagai tanda penghargaan atas jasa baik guru-guru. Acara diteruskan dengan pemberian hadiah oleh murid kepada guru dan penutupnya dalah ucapan penutupan oleh Tuan Guru Besar. Sekian, Laporan Hari Guru. Gambar belum sempat upload lagi. Tak jumpa cari kabel kamera.

SELAMAT DATANG GURU BESAR BARU

Setelah En Ab Hamid b Othman yang hanya sempat menjadi Guru Besar SK Kg Shafie selama 2 bulan sahaja dipinjamkan ke Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan. Maka SK Kg Shafie kembali tidak mempunyai Guru Besar selama 2 bulan dan akhirnya pada tanggal keramat 1 Mei 2010 warga SK Kg shafie mengalu-alukan kedatangan Guru Besar baru iaitu Ustaz Ramli b A. Hamid. Kami warga SK Kg Shafie mengucapkan Selamat Datang dan Selamat Memulakan Tugas sebagai Guru Besar SK Kg Shafie.

Kejohanan Bola Jaring MSSD Bentong 2010















Tarikh 1 April 2010 adalah tarikh yang amat mendebarkan kerana Pasukan Bola Jaring Sekolah hanya menjalani latihan selama 5 hari sahaja sebelum perlawanan sebenar pada 1 April 2010. Berbekalkan semangat pasti boleh Pasukan Bola Jaring SKKS bertolak dari sekolah pada pukul 7.00 pagi dan tiba di SMK Kuala Repas pada pukul 8.30 pagi. Pasukan sekolah yang mendapat tempat ke-4 pada tahun 2009 yang lalu adalah pasukan wajib untuk kumpulan D yang terdiri daripada SK Sungai Dua, SK Janda Baik dan SK Sulaiman. Pasukan sekolah menang besar dengan SK Sulaiman iaitu 14 - 0 dan SK Janda Baik iaitu 14 - 1. Namun begitu pasukan sekolah ditentang hebat oleh SK Sungai Dua dan pasukan sekolah kalah 8 -12. Di Suku Akhir Pasukan sekolah diundi untuk bertemu pasukan Mempaga 2 yang merupakan Juara Kumpulan B dan Pasukan Sekolah menang tipis dengan jaringan 10 -8. Dalam pertembungan Separuh Akhir pula pasukan sekolah mendapat laluan mudah dengan mengalahkan SK Tuanku Fatimah 10 - 0. Dan Akhirnya pada pertemuan Akhir SK Kampung Shafie sekali lagi bertemu dengan SK Sungai Dua yang menyaksikan SK Kg Shafie tewas dengan jaringan 18 - 8. Walaupun penuh ranjau berduri dan menjalani latihan selama 5 hari Pasukan Bola Jaring SK Kg Shafie tetap pulang sebagai Naib Juara MSSD Bentong 2010.

Pengurus : Syaifurusdi b Ibrahim
Jurulatih : Saizu Norhaslina bt Abdul Ratan
Pemain:
Sofarina
Noramyfitri
Intan Farah Nabila
Nor Fatin Aqilah
Radiah, Shahirah
Nur Najwa
Nurul Najwa
Nurul Azierah
Nur Afiqah Izzati.

Tahniah dan Syabas diucapkan.

Hari Sukan Dwi Tahunan



Pada 31 Mac 2010 telah berlangung Hari Sukan Dwi-Tahunan SK Kampung Shafie. Semua warga SKKS yang terdiri daripada Guru, Staf dan Murid dibahagikan kepada 3 buah rumah iaitu Rumah Raflesia dengan warna rasminya merah, Rumah Tulip dengan warna rasminya biru dan Rumah Daisy dengan warna rasminya kuning. Untuk memeriahkan lagi Hari Sukan tersebut pihak sekolah telah menjemput Murid Tadika Kemas Kg Shafie serta penduduk Kampung Shafie dan Penduduk Orang Asli Ulu Semei. Hari Sukan ini dirasmikan oleh YDP Kehormat PIBG SK Kg Shafie iaitu En Ramli b Ahmad. Acara pada hari tersebut dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Rushdi b Mohd Tahir dan diikuti oleh perarakan murid mengikut rumah masing-masing. Perarakan tersebut diketuai oleh Adik Mohd Firdaus Izzuddin yang merupakan Olahragawan Harapan pada Hari Sukan 2008 yang lalu.

Lawatan Sambil Belajar

Rancangan untuk mengadakan lawatan ini dibuat seawal Januari lagi bagi memastikan Lawatan Sambil Belajar pada Tahun 2010 ini dapat dilaksanakan tanpa halanga lagi. Pada tarikh 24 Mac 2010 seramai 40 orang murid Tahap 2 diiringi oleh 4 orang guru telah bertolak ke Kuala Lumpur tepat jam 8.00 pagi.

Muzium Negara

Wisma TV, Angkaspuri

Petrosains, KLCC

Aquaria, KLCC

Sambutan Maulidurrasul 1431 Hijrah

Sambutan Maulidurrasul pada tahun ini dianjurkan oleh Masjid Kampung Shafie dan dibantu oleh SK Kg Shafie. Sambutan bermula di perkarangan MID Kg Shafie. Murid dan orang kampung berarak mengelilingi kampung sambil berselawat ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W. diketuai oleh Imam Masjid Kg Shafie iaitu En Abu Zarin b Maulud.

Pra Perkhemahan Unit Beruniform 2010

Diadakan sehari sahaja bagi mendedahkan kepada murid cara untuk memasak makanan semasa perkhemahan sebenar yang akan diadakan pada hujung tahun ini. Pra perkhemahan ini melibatkan semua guru dan murid-murid tahap 2. Perkhemahan bermula jam 8.00 pagi dan tamat selepas makan tengahari.

Minggu Orientasi Murid Baru

Murid Tahun 1 akan menjalani Minggu Orientasi selama 3 minggu untuk membiasakan mereka dengan persekitaran sekolah. Mereka diperkenalkan kepada semua guru dan kakitangan sekolah. Mereka juga dibawa mengelilingi kawasan sekolah. Selain ini mereka juga diajar tentang peraturan sekolah dan cara belajar di Tahun 1 kerana pembelajaran di Tahun 1 dan Prasekolah pasti berbeza.

Selamat Datang

Tanggal 4 Januari 2010 pasti ditunggu-tunggu oleh semua murid yang sudah hampir 2 bulan bercuti dan juga murid yang akan mendaftar memasuki Tahun 1 dan Prasekolah. Pastilah mereka sudah tidak sabar untuk memulakan sesi pembelajaran.