SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH

Seperti kebiasaannya, setiap tahun akan diadakan Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah demi meraikan guru-guru. Pada tahun ini sambutan dimulakan pada pukul 8.00 pagi. Acara pertama adalah nyanyian lagu wajib perhimpunan iaitu Lagu Negaraku, Lagu Negeri Pahang dan Lagu Sekolah versi baru. Selepas itu, majlis yang dipengerusikan oleh Intan Farah Nabila dan Sofarina diteruskan dengan acara bacaan perutusan oleh GPK 1 dan GPK Ko-kurikulum. Acara diteruskan pula dengan Bacaan Ikrar yang diketuai oleh Encik Ismail b Abdul Ghani. Selepas itu para guru menyanyikan lagu Guru Malaysia dengan penuh semangat. Acara dalam dewan sesi pagi berakhir dengan ucapan oleh Tuan Guru Besar Ustaz Ramli b A. Hamid.
Acara padang dimulakan dengan Perlawanan Bola Sepak antara Guru Lelaki VS Murid Lekaki yang melihatkan betapa Murid Lelaki tidak berjaya mengalahkan Guru Lelaki yang memenangi Acara tersebut dengan jaringan 2-0. Selepas itu, Guru Perempuan VS Murid Perempuan berentap dalam acara Bola Jaring. Menyaksikan Pasukan Murid yang menjadi Naib Juara Daerah Bentong menang tipis 4-2. Acara diteruskan dengan permainan Uli, Baling dan Sambut Tepung. Acara ini menyaksikan betapa guru-guru dan staf SKKS tidak pandai menguli tepung kerana tiada satu kumpulan pun yang berjaya menepati syarat pertandingan dan akhirnya pertandingan yang ditamatkan tanpa pemenang ini bertukar menjadi medan pertempuran tepung.
Setelah berpenat lelah di padang, semua warga SKKS dijamu makan di kantin sekolah dan acara dewan sesi kedua pun bermula menyaksikan pertandingan melipat lampin. Gamat jadinya dewan dengan sorakan murid-murid. Dan acara ini menyaksikan Guru Besar memenanginya dan tempat kedua disandang oleh GPK 1. Semua yang memang orang vateren. Yang muda-muda dah tak cekap lipat lampin sebab dah pakai lampin pakai buang yang tak perlu dilipat. Seterusnya guru-guru diuji lagi dalam acara kotak beracun di mana guru bertuah pertama adalah Sazali. Dia dikehendaki meniru gaya Mak Nyah. Yang kedua Sabariah dengan iklan Meggi Besar Punya. Diikuti oleh GPK Ko aka Ateh dengan lagu Lorat Negori 9. Mangsa seterusnya Sabariah lagi dengan Iklan Brrrr Coca Cola. Cikgu Mail dengan Lagu Eh Wau Bule. Hasnah dengan Lakonkan Watak Filem P. Ramlee. Sazali lagi dengan dialog Watak Cikgu Ros dalam Laksamana Bujang Lapuk. GPK 1 dengan lagu teganung kite. Diikuti dengan Mira Watak Sudin dalam Seniman Bujang Lapok. Dan Syaifurusdi dengan Lagu tikar terbangnya. Dan terakhir Intan dengan watak Jin dalam Ahmad Albab. Satu-satunya Cikgu yang tak terkena dera dengan kotak beracun adalah Saizu yang mempunyai penawar kepada semua racun itu kerana dialah taikonya. Setelah letih bergelak ketawa menyaksikan aksi yang tak pernah dilihat murid sebelum ini terutamanya nyanyian tikar terbang yang memang kelakar oleh Sedi. Kita beralih pula ke acara yang agak santai iaitu pertukaran hadiah antara guru-guru yang menyaksikan semua guru tersenyum gembira mendapat hadiah dari teman-teman. Selepas itu wakil murid menyampaikan cenderamata kepada semua guru, kakitangan dan staf SKKS sebagai tanda penghargaan atas jasa baik guru-guru. Acara diteruskan dengan pemberian hadiah oleh murid kepada guru dan penutupnya dalah ucapan penutupan oleh Tuan Guru Besar. Sekian, Laporan Hari Guru. Gambar belum sempat upload lagi. Tak jumpa cari kabel kamera.

No comments: