KEJOHANAN PERAHU LAYAR MSSP PAHANG

Tarikh: 27 Februari Hingga 29 Februari 2016
Hari: Sabtu, Ahad & Isnin
Tempat: Pusat Pelayaran MSSP, SK Cherating & Lagoona Cherating
Anjuran: Unit Sukan, JPN Pahang
SK Kampung Shafie Telah Menghantar Seramai 4 Orang Murid Untuk Menyertai Kejohanan Perahu Layar MSS Pahang Buat Pertama Kali. En. Mohd Rozi Selaku Jurulatih & Guru Pengiring Turut Serta Dalam Kejohanan Tersebut. Penyertaan Murid Sekolah Dalam Kejohanan Ini Merupakan Satu Pengalaman Yang Amat Bernilai, Kerana Murid Yang Terlibat Dalam Kejohanan Perahu Layar Ini Diberikan Peluang Mengendalikan Perahu Layar Secara Individu Dengan Dibimbing Oleh Jurulatih Profesional, Di Samping Mereka Turut Didedahkan Tentang Keselamatan Di Air. Tahniah kepada adik Iqbal johan bawah 10 tahun seterusnya mendapat emas dan layak ke peringkat kebangsaan, manakala adik Putra meraih pingat perak selaku naib johan bawah 12 tahun..SYABAS DAN TAHNIAH diucapkan.
Untuk melihat gambar lebih banyak sila ke FB Kokurikulum.