PERTANDINGAN "MISI PENERBANGAN DRONE" TECHLYMPIC (STEM) DAERAH BENTONG 2023


Pertandingan "Misi Penerbangan Drone" Techlympic Daerah Bentong 2023
Tarikh: 27 September 2023
Hari: Rabu
Tempat: SMK Sulaiman
Bilangan Murid: 2 orang
Guru Pembimbing: 1 orang
Alhamdulillah... Tahniah kepada adik Thoriq dan Nashriq Airil murid tahun 6 kerana berjaya mendapat tempat ke-4. Membawa pulang sijil penghargaan dan medal. Ini kali pertama menyertai pertandingan techlympic Malaysia.

HARI BERTEMU PELANGGAN DAN PENYERAHAN SLIP PBD (PERTENGAHAN TAHUN) SIRI 1, 2023


Tarikh: 13 Oktober 2023
Hari: Jumaat
Masa: 10.45 pg - 12.15 tgh
Tempat: Dewan SEKESHA
Terima kasih kepada semua ibu bapa dan penjaga yang dapat hadir untuk program ini dan menandatangani slip PBD anak-anak untuk pertengahan tahun. Semoga anak-anak ABC(Anak yang Baik lagi Cerdik) dapat lebih kejayaan dan kecemerlangan pada masa hadapan.

KEJOHANAN CATUR TERBUKA SHAH ALAM (PERINGKAT KEBANGSAAN) 2023


Sabtu, 20 Oktober 2023, seramai 5 orang murid SK Kg Shafie dan seorang guru pengiring telah menyertai kejohanan di atas yang diadakan di Dewan MBSA Seksyen 13 Shah Alam. Tarima kasih kepada para penderma dan ibu bapa yang turut hadir semasa kejohanan ini berlangsung. Walaupun tidak berjaya membawa pulang hadiah namun pengalaman bermain diperingkat tinggi amat penting untuk digunakan pada masa akan datang. Kategori yang disertai ialah bawah 12 tahun  dan bawah 10 tahun.

PROGRAM HARI SUKAN NEGARA DAN KEJOHANAN MINI SUKAN 2023


PENYAMPAIAN SET CATUR KEPADA SETIAP KELAS (SUKAN KEBITARAAN)


Penyampaian 2 set catur kepada setiap kelas dari tahun 1 hingga tahun 6. Program ini selaras sukan kebitaraan SKKS iaitu sukan catur. Diharapkan murid-murid dapat menggunakan catur ini untuk mengingkatkan lagi ilmu dan kefahaman tentang catur. Usaha ini atas inisiatif GPK Koku yang baru. Semoga sukan catur SKKS dapat melahirkan lebih ramai pencatur yang hebat.

PENYAMPAIAN SIJIL TAPIR HERO (DCS) 2023 KEPADA MURID TAHUN 6


Tahniah kepada 16 orang murid yang telah menduduki ujian DCS (Tapir Hero) 2023. Ujian ini berlangsung dari Ogos hingga November 2023. Keputusan yang diperolehi seperti berikut:
6 orang murid mendapat 3 star (Digital Intermediate)
9 orang murid mendapat 4 star (Digital Advance)
1 orang murid mendapat 5 star (Digital Innovator)