MAJLIS "JASAMU DIKENANG BAKTIMU DIJULANG" KALI KE-2, 2023



Sekalung Penghargaan kepada Pn. Noryatti Binti Bajuri dan Pn. Aisyah Hanun Binti Samsudin yang telah banyak menyumbang ilmu dan jasa kepada murid-murid SK Kg Shafie sepanjang bertugas di sini. Selamat berpindah ke sekolah baru semoga ceria dan teruskan kecemerlangan di sekolah baru. Pn. Noryati telah berpindah ke SK Pelangai Jawi-Jawi bermula bulan Ogos 2023 dan Pn. Aisyah Hanun telah bertukar ke SK Felda Mempaga 1 pada 16 Julai yang lalu. Selamat bertugas ditempat baru.

TAKLIMAT PENGURUSAN DAN PEMUGARAN MODUL TMK TAHAP 1 DAN TAHAP 2, 2023

Ketetapan taklimat adalah seperti berikut:
Tarikh: 26 Julai 2023
Hari: Rabu
Masa: 2.00 p.m. hingga 5:00 p.m.
Tempat: Bilik Gerakan SEKEKAS

Taklimat telah disampaikan oleh Cikgu Syaifurusdi kepada semua guru dan staf yang hadir sama. Modul TMK semakan 2017 telah pun sampai ke tahap 2 melibatkan 3 subjek utama iaitu BM, MT dan SN. Harap semua guru faham dan dapat melaksanakan modul TMK sebagai sisipan dalam mata pelajaran tertentu dan dilaksanakan dengan jayanya. Bahan bahan berkaitan boleh diperolehi di laman yang disediakan oleh JPN Pahang. https://bit.ly/modultmkjpnpahang. 

kredit: sifum@ster


KEJOHANAN MERENTAS DESA MSSD BENTONG 2023

Kejohanan Merentas Desa MSSD Bentong 2023
Tarikh : 26 Julai 2023
Hari : Rabu
Tempat : SMK Lurah Bilut
7 orang murid mewakili sekolah ke kejohanan merentas desa peringkat daerah yang diadakan di SMK Lurah Bilut.
Alhamdulillah kesemua 7 orang murid berjaya menamatkan larian merentas desa sepanjang 4km
Seorang murid SK Kg Shafie iaitu Fahmishah A/L Ling berjaya menduduki tempat ke-5 Sekaligus layak dan terpilih untuk mewakili daerah Bentong ke peringkat Negeri Pahang
Terima kasih buat Guru Besar SK Kg Shafie Puan Siti Umihani Binti Ahjar, para guru yang terlibat dan juga PIBG atas sumbangan dana , komitmen dan pengorbanan yang diberikan sewaktu sesi latihan