CERAMAH KESIHATAN PERGIGIAN DAN LATIHAN MEMBERUS GIGI

Ceramah kesihatan pergigian dan latihan memberus gigi telah diadakan seperti ketetapan berikut:
Tarikh: 21 Jun 2023
Hari: Rabu
Masa: 9.00 pagi
Tempat: Dewan SEKEKAS
Keperluan: Cawan dan Berus gigi
Sasaran: Semua murid
Pengelola: Klinik Pergigian Simpang Pelangai

Terima kasih kepada Klinik Pergigian Simpang Pelangai di atas program ini. Diharapkan murid-murid dapat mengambil ilmu tentang pergigian seterusnya dapat mengamalkan dalam kehidupan seharian mereka. Program berjalan dengan lancar dan jayanya.

kredit:sifum@ster

kredit:sifum@ster



MAJLIS PELANCARAN INISIATIF MEMBUDAYAKAN PENGAMBILAN AIR KOSONG

Majlis ini telah diadakan pada ketetapan berikut:
Tarikh: 19 Jun 2023
Hari: Isnin
Masa: 10.45 pagi
Tempat: Bilik jQAF
Sasaran: Semua murid

Semua murid diminta untuk membawa air kosong atau air mineral ke sekolah. Taklimat ringkas oleh GPK HEM kemudian disertai dengan tayangan multimedia tentang kepentingan pengambilan air kosong, seterusnya majlis pelancaran.Program berjalan dengan lancar. Semoga ada kesedaran dikalangan murid-murid untuk mengamalkan meminum air kosong setiap hari mengikut kadar yang telah disarankan oleh pihak kesihatan. Tahniah kepada semua yang terlibat dalam majlis ini.

Kredit:sifum@ster


KEJOHANAN CATUR MSSD BENTONG 2023

Kejohanan Catur MSSD Bentong 2023 telah diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh: 20-22 JUN 2023
Hari: SELASA - KHAMIS
Masa: 9.00 PG – 4.00 PTG
Tempat : DEWAN SUPERB
Bilangan Murid: 8 ORANG
Bilangan guru: 2 ORANG (1 ARBITER DAN 1 GURU PENGIRING)
Bilangan Tetamu/Ibubapa: - 2 ORANG
Pengangkutan: 2 BUAH KERETA

Sesi latihan: HUJUNG MINGGU SABTU (BILA FREE)

Kewangan/Kos: RM320 (MAKAN, PENGANGKUTAN, YURAN PENYERTAAN (RM15/ORANG)

Medium : BERSEMUKA (7 PUSINGAN)

Tahniah kepada adik Amri a/l Amsah dan Thoriq bin Abdul Talib kerana berjaya mendapat sijil penghargaan dan medal setelah masing-masing mendudukitempat ke-14 dan ke-15 daripada 74 orang peserta kesemuanya. Kepada yang tidak berjaya usaha lagi untuk tahun hadapan. Terima kasih kepada pihak sekolah, PIBG dan ibu bapa yang memberikan sokongan sama ada tenaga, masa, kewangan dan moral kepada murid-murid yang menyertai kejohanan kali ini.

kredit:sifum@ster

kredit:sifum@ster


KEJOHANAN CATUR PIALA PENGETUA SMK CHANIS 2023 -PERINGKAT KEBANGSAAN (ONLINE)

Kejohanan Catur Piala Pengetua SMK Chanis 2023 Peringkat Kebangsaan secara online telah diadakan seperti ketetapan berikut:
Tarikh: 10 JUN 2023
Hari: SABTU
Masa: 9.00 PG – 11.00 PG
Tempat: MAKMAL KOMPUTER SK KG SHAFIE (ONLINE)
Bilangan Murid: 10 ORANG
Bilangan guru: 1 ORANG
Bilangan Tetamu/Ibubapa: 1 ORANG
Pengangkutan               : -
Sesi latihan: SECARA ONLINE (APLIKASI LICHESS)
Kewangan/Kos: RM100 (RM10 SETIAP PESERTA)
Medium : APLIKASI LICHESS

Walaupun ramai muka baru dalam permainan catur tetapi tetap memberikan saingan yang sengit
daripada 832 peserta seluruh Malaysia. Pengalaman bermain dengan pemain hebat seluruh Malaysia 
itu sangat penting dalam memberikan kenyakinan diri. Walaupun tidak berjaya menggondol pingat dan
hadiah namun setiap murid akan mendapat sijil penyertaan peringkat kebangsaan. 
Terima kasih kepada pihak sekolah, ibu bapa dan murid yang terlibat dalam kejohanan kali ini.
Teruskan usaha untuk masa hadapan.

kredit:sifum@ster