KEJOHANAN MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH 2023

Kejohanan merentas desa peringkat sekolah SK Kg Shafie 2023 telah diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh: 19 Jun 2023
Hari: Isnin
Masa: 7:45 pagi
Tempat: Padang SKKS dan Laluan kampung 
Sasaran: Murid tahap 1 dan tahap 2

Sebelum kejohanan telah diadakan sesi latihan selama dua hari pada waktu pagi. Semua murid tahap 1 dan tahap 2 terlibat dan dipastikan kesihatan dan kebenaran ibu bapa sebelum dibenarkan menyertai kejohanan ini. Tahniah murid yang berjaya mendapat hadiah dan yang tidak berjaya jangan putus asa, cuba lagi tahun hadapan. Seramai 4 orang murid lelaki dan 4 orang murid perempuan layak mewakili sekolah di Kejohanan Merentas Desa Peringkat Daerah.

Terima kasih kepada semua guru, staf dan PIBG/KSIB dan pihak polis yang terlibat sama dalam menjayakan kejohanan kali ini. Kejohanan berjalan dengan lancar dan meriah. Murid-murid seronok dapat berlari mengelilingi kampung.

Kredit:sifum@ster

Kredit:sifum@ster


HI TEA BKGK SK KG SHAFIE 2023

Satu majlis hi-tea telah diadakan oleh badan BKGK sekolah sempena sambutan hari guru 2023 dan majlis perpisahan cikgu Rozi dan Hasnah. Ketetapan majlis adalah seperti berikut:

Tarikh: 17 Jun 2023
Hari: Sabtu
Masa: 12:30 tengah hari - 4:00 petang
Tempat: Hotel Royal Chulan, Seremban, Negeri Sembilan
Sasaran: Guru dan staf
Kos: RM60 satu kepala

Antara aktiviti yang dijalankan ialah makan-makan, ucapan perpisahan, pertukaran hadiah dan sesi bergambar. Terima kasih kepada semua guru dan staf yang dapat hadir pada hi-tea kali ini. Majlis berjalan dengan lancar dan meriah. Jumpa lagi tahun hadapan...owesome.

Kredit:sifumaster


UJIAN SEGAK SIRI 1 2023

Ujian segak siri 1 tealh diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh: 16 Jun 2023
Hari: Jumaat
Masa: 9:00 pagi hingga 12:00 tengah hari
Tempat: Gajah Menyusu
Sasaran: Murid tahun 4, 5 dan 6

Antara aktiviti yang dijalankan ialah:
-Mengukur tinggi
-Timbang berat badan
-Naik turun bangku
-Mengira nadi
-Bangkit tubi dan bangkit tubi separa
-Tekan tubi
-Jangkauan melunjur

Terima kasih kepada semua guru, staf dan murid yang terlibat dalam ujian segak siri 1 ini. 

Kredit:sifumaster


MAJLIS "JASAMU DIKENANG BAKTIMU DIJULANG"


Majlis "Jasamu dikenang baktimu dijulang" sempena majlis perpisahan cikgu Mohd Rozi bin Mohammad dan cikgu Hasnah binti Abdullah adalah seperti ketetapan berikut:

Tarikh: 12 Jun 2023
Hari: Isnin
Masa: 8:15 pagi hingga 10.15 pagi
Tempat: Dewan SKKS

Tahniah kepada mereka berdua yang berjaya dalam permohonan pertukaran antara negeri pada tahun ini. Cikgu Rozi (opsyen PJPK) merupakan GPK Kokurikulum akan bertukar ke Negeri Sembilan iaitu SK Senawang 3, Senawang, manakala cikgu Hasnah (opsyen BM) guru Perpustakaan dan Media dapat bertukar ke Kelantan iaitu SK Bukut Durian, Tanah Merah. Semoga mereka berdua lebih berjaya dan cemerlang di sekolah baru. Semoga perhubungan berkekalan hendaknya. Ingatlah kami disini. Semoga berjumpa lagi di lain waktu.

kredit:sifumaster

Kredit:sifumaster

TERIMA KASIH MILO

Milo telah datang ke sekolah untuk memberikan minuman secara percuma kepada murid-murid SEKESHA (SKKS) pada ketetapan berikut

Tarikh       : 06 Jun 2023
Hari          : Rabu
Masa         : 10.45 -11.30 Pagi
Tempat      : Perkarangan Blok A
Sasaran     : Semua murid, guru dan staf

Jutaan terima kasih kepada pihak milo kerana sudi datang ke SK Kg Shafie untuk memberi minuman milo secara percuma. Sedap dan berkhasiat tapi tidak boleh dibungkus dan dimasukkan dalam jug ya....
Kredit: Sifumaster