BOLA BALING PERINGKAT NEGERI PAHANG 2016

TAHNIAH! diucapkan kepada adik NUR ALYA BATRISYIA BT AZZUAN kerana telah berjaya mewakili pasukan Bentong dalam kejohanan Bola Baling (P) B12 MSS Pahang. Beliau adalah satu-satunya wakil sekolah SKKS dalam pasukan itu. Pasukan Bentong telah berjaya menjadi johan peringkat negeri. Tahniah dan syabas kepada pasukan Bentong. Adik Alya telah terpilih untuk mewakili Pahang B12 perempuan di peringkat kebangsaan iaitu MSSM yang akan diadakan di Negeri Kedah, dalam cuti sekolah nanti. Semoga Adik Alya dapat mengharumkan lagi nama sekolah, ibu bapa, daerah dan seterusnya negeri Pahang. In Shaa Allah...Cayok2!!

untuk melihat lebih banyak gambar sila ke Facebook Kurikulum.

SUKAN BALAPAN & PADANG ZON PELANGAI 2016

Sukan Balapan & Padang Zon Pelangai telah diadakan pada 26 Februari 2016 bersamaan 17 Jamadilawal 1437H iaitu pada hari Jumaat bertempat di padang SMK Seri Pelangai bermula jam 9.00 pagi.


Antara acara yang dipertandingkan ialah seperti lontar peluru, lompat jauh, lompat tinggi, lari berpagar, 100 meter, 200 meter, 4x100 meter dan 4x200 meter bagi lelaki dan perempuan.

Beberapa acara diadakan acara saringan. SKKS telah menghantar seramai 21 orang peserta termasuk lelaki dan perempuan. Seramai 4 orang guru terlibat. Terima kasih kepada ibu bapa yang sanggup meluangkan masa untuk turut menghantar anak-anak mereka dan murid-murid SKKS dan juga yang hadir untuk memberikan semangat dan dorongan kepada anak-anak mereka. Penglibatan ibu bapa amat diharapkan untuk meningkatkan program SARANA sekolah.

SKKS telah mencapai memperoleh 3 pingat emas, 2 perak dan 1 gangsa. Tahniah diucapkan kepada semua peserta, guru-guru dan ibu bapa yang terlibat. Walau pun pencapaian tahun ini sedikit merosot berbanding tahun sebelumnya, namun ia boleh dibanggakan dengan atlet yang ada.

Peserta yang memenangi pingat akan terpilih untuk mewakili zon ke peringkat daerah Bentong pada 9 Mac 2016.
TAHNIAH ATLET SKKS...
 

SOLAT HAJAT SIRI 1 2016

Aktiviti solat hajat siri 1 2016 telah diadakan pada 25 Februari 2016 bersamaan 16 jamadilawal 1437H. Aktiviti ini diadakan di Masjid Qariah Kg. Shafie pada malam jumaat. Solat hajat ini melibatkan komuniti setempat dan seluruh qariah Kg. Shafie. Ramai ahli qariah yang hadir untuk menyertai solat hajat ini. Aktiviti dimulakan dengan penyembelihan biri-biri, melapah dan memasaknya secara gotong-royong di sekolah. Aktiviti memasak dibantu oleh AJK PIBG dan juga ibu bapa murid tahun 5 dan 6.
Jam 6.45 petang, seluruh qariah mula berkumpul dimasjid untuk menunaikan solat fardhu Maghrib berjemaah.
Selesai menunaikan fardhu Maghrib, sedikit ucapan daripada wakil Masjid Kg. Shafie dan juga guru besar SK Kg, Shafie.
Selepas ucapan, solat hajat dimulakan dan seterusnya bacaan Yassin.


Kemudian majlis diteruskan dengan solat fardhu Isyak secara berjemaah. Apabila selesai semua hadirin dijemput untuk menjamu selera di perkarangan masjid.



Sekalung tahniah dan terima kasih kepada seluruh qariah Kg. Shafie, Pihak Masjid Kg. Shafie, JKKK Kg. Shafie. PIBG SK. Kg. Shafie, Pihak sekolah dan semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan majlis ini. Semoga Allah memberkati majlis ini. Segala jasa baik hanya Allah yang mampu membalasnya.


MILO PERCUMA


Syarikat Nestle Malaysia, telah hadir ke SK Kampung Shafie pada 24 Februari 2016 bersamaaan 15 Jamadilawal 1437H iaitu pada hari Rabu jam 7.45 pagi bertempat di tapak perhimpunan sekolah. Pihak Milo telah sudi memberikan minuman percuma kepada semua warga SK Kg. Shafie.

Aktiviti dimulakan dengan acara senamrobik.
Selepas itu, semua warga SKKS disajikan dengan minuman Milo secara percuma.

Setelah itu, sesi fotografi diadakan bersama pihak Milo.
Terima kasih kepada Pihak Milo kerana sudi memilih SKKS sebagai destinasi pilihan. Semua murid suka dapat menikmati minuman Milo secara percuma. Minumlah Milo untuk Kecergasan Diri Anda... 

LADAP 5P


LADAP 5P (PROJEK PENGUPAYAAN PEMIMPIN PENDIDIKAN PAHANG) ini telah disampaikan oleh Guru Besar pada Isnin, 22 Februari 2016 bertempat di Makmal Komputer ICT. Semua guru dan staf sokongan hadir kecuali cikgu Suhaimi b. Abd. Hamid (Pengantin Baru) dan Cikgu Rosliana Bt. Nik Bakar(cuti bersalin). Program 5P ini bertujuan menjadikan Pahang top three di Malaysia dalam keputusan peperiksaan UPSR. Seterusnya menjadikan daerah Bentong top three di Pahang. Harap tahun ini apa yang diusahakan akan tercapai. In Syaa Allah.







SELAMAT PENGANTIN BARU

Selamat pengantin baru kepada Cikgu Suhaimi b. Abdul Hamid dan pasangannya Nazira Bt. Mustafa pada Sabtu, 20 Februari 2016. Majlis ini diadakan di rumah pengantin perempuan di Felda Kemayan, Bera Pahang. Semoga pasangan ini kekal hingga ke jannah dan bahagia selalu. Beberapa orang guru SKKS dan bekas guru SKKS sempat bergambar bersama pengantin. SELAMAT PENGANTIN BARU...