SOLAT HAJAT SIRI 1 2016

Aktiviti solat hajat siri 1 2016 telah diadakan pada 25 Februari 2016 bersamaan 16 jamadilawal 1437H. Aktiviti ini diadakan di Masjid Qariah Kg. Shafie pada malam jumaat. Solat hajat ini melibatkan komuniti setempat dan seluruh qariah Kg. Shafie. Ramai ahli qariah yang hadir untuk menyertai solat hajat ini. Aktiviti dimulakan dengan penyembelihan biri-biri, melapah dan memasaknya secara gotong-royong di sekolah. Aktiviti memasak dibantu oleh AJK PIBG dan juga ibu bapa murid tahun 5 dan 6.
Jam 6.45 petang, seluruh qariah mula berkumpul dimasjid untuk menunaikan solat fardhu Maghrib berjemaah.
Selesai menunaikan fardhu Maghrib, sedikit ucapan daripada wakil Masjid Kg. Shafie dan juga guru besar SK Kg, Shafie.
Selepas ucapan, solat hajat dimulakan dan seterusnya bacaan Yassin.


Kemudian majlis diteruskan dengan solat fardhu Isyak secara berjemaah. Apabila selesai semua hadirin dijemput untuk menjamu selera di perkarangan masjid.



Sekalung tahniah dan terima kasih kepada seluruh qariah Kg. Shafie, Pihak Masjid Kg. Shafie, JKKK Kg. Shafie. PIBG SK. Kg. Shafie, Pihak sekolah dan semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan majlis ini. Semoga Allah memberkati majlis ini. Segala jasa baik hanya Allah yang mampu membalasnya.


No comments: