AGIHAN BANTUAN KWAPM 2023

Tarikh: 06.07.2023
Hari: Khamis
Masa: 12:45 - 1:30 tengah hari
Tempat: Bilik j-QAF
Keperluan: Kad Pengenalan penerima

Tahniah kepada murid yang mendapat bantuan KWAPM tahun 2023. Diharapkan dengan bantuan ini dapatlah ibu bapa/penjaga melengkapkan peralatan persekolahan anak-anak yang masih belum lengkap atau sempurna. Gunalah bantuan yang diperolehi sebaik mungkin untuk keperluan anak-anak.
Tahniah kepada Unit HEM, semua guru kelas dan kepada yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam pengagihan bantuan ini.

kredit:sifum@ster



MESYUARAT AGUNG PIBG SK KG SHAFIE KALI KE-43, 2023

Tarikh: 26 Jun 2023
Hari: Isnin
Masa: 1:30 tgh - 5:00 ptg
Tempat: Dewan Homestay Kg. Shafie
Sasaran: Ibu bapa/Penjaga Murid SEKEKAS
Penyelaras: Unit KOKU

Alhamdulillah, mesyuarat berjalan dengan lancar dalam bilik berhawa dingin. Kedatangan ibu bapa juga memberangsangkan. Ucapan Perasmian oleh YB Dato' Sri Johari bin Harun (EXCO Kerajaan Negeri Pahang/Adun Pelangai) telah disampaikan oleh wakilnya iaitu En. Abdul Karim bin Idris (Ahli Majlis Perbandaran Bentong).
Tahun ini diadakan pemilihan ahli AJK PIBG yang baru. Tahniah kepada yang terpilih menjadi AJK PIBG 2023-2025, semoga dapat menjalankan tugas dengan lebih cemerlang. Cabutan bertuah juga telah sinonim setiap kali mesyuarat agung PIBG diadakan. Tahniah kepada yang mendapat cabutan bertuah yang tidak berjaya cuba lagi tahun hadapan.
Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Mesyuarat Agung PIBG KAli Ke-43, 2023.

Kredit:sifum@ster

 
Kredit:sifum@ster

KEM BESTARI SOLAT SIRI 1

Tarikh: 21 Jun 2023
Hari: Rabu
Masa: 12:45 tgh - 3:00 ptg
Tempat: Bilik j-QAF
Sasaran: Murid Islam tahun 1 hingga 6
Pengelola: Unit HEM dan PAI

Tahniah kepada semua murid dan guru yang terlibat dengan kem bestari solat siri 1 kali ini. Semoga ilmu yang diperolehi dapat diamalkan dalam kehidupan. Terima kasih kepada semua yang telibat.




KHIDMAT BANTU PERMOHONAN PENDAFTARAN TAHUN 1 SESI 2024/2025

Tarikh: 20 Jun 2023
Hari: Selasa
Masa: 12:00 tgh - 2:00 ptg
Tempat: Bilik Media (PSS)
Sasaran: Murid Umur 6 Tahun
Pengelola: Unit HEM dan Prasekolah

Diantara keperluan yang perlu dibawa oleh ibu bapa semasa pendaftaran ialah:
Buku nota
Emel yang aktif
No tel yang aktif
Salinan Surat beranak, Mykid, KP ibu bapa/penjaga
Buku rekod kesihatan bayi dan kanak-kanak (pink/biru)
Surat nikah/cerai
Surat hak penjagaan anak
Bil utiliti (air/letrik)
Laporan doktor (jika berkenaan)
Tandatangan borang persetujuan kesihatan imunisasi dan pergigian

Kredit:sifum@ster