MESYUARAT AGUNG PIBG SK KG SHAFIE KALI KE-43, 2023

Tarikh: 26 Jun 2023
Hari: Isnin
Masa: 1:30 tgh - 5:00 ptg
Tempat: Dewan Homestay Kg. Shafie
Sasaran: Ibu bapa/Penjaga Murid SEKEKAS
Penyelaras: Unit KOKU

Alhamdulillah, mesyuarat berjalan dengan lancar dalam bilik berhawa dingin. Kedatangan ibu bapa juga memberangsangkan. Ucapan Perasmian oleh YB Dato' Sri Johari bin Harun (EXCO Kerajaan Negeri Pahang/Adun Pelangai) telah disampaikan oleh wakilnya iaitu En. Abdul Karim bin Idris (Ahli Majlis Perbandaran Bentong).
Tahun ini diadakan pemilihan ahli AJK PIBG yang baru. Tahniah kepada yang terpilih menjadi AJK PIBG 2023-2025, semoga dapat menjalankan tugas dengan lebih cemerlang. Cabutan bertuah juga telah sinonim setiap kali mesyuarat agung PIBG diadakan. Tahniah kepada yang mendapat cabutan bertuah yang tidak berjaya cuba lagi tahun hadapan.
Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Mesyuarat Agung PIBG KAli Ke-43, 2023.

Kredit:sifum@ster

 
Kredit:sifum@ster

No comments: