KEJOHANAN CATUR INTERNATIONAL OPEN PAHANG 2019

Dari kiri: Adam Asri, Afif Mukqriz, Sifum@ster, Kaseh, Hani
 Seramai 4 orang murid telah menyertai Kejohanan Catur Antarabangsa Terbuka Pahang 2019 di Hotel Ancasa Royale Pekan Pahang dari 20-21 April 2019. Rezeki tidak menyebelahi anak-anak murid SKKS walaupun sudah memerah otak sehingga minit-minit terakhir. Kesilapan di endgame menyebabkan kalah dipusingan final. Diharapkan murid yang terlibat tidak putus asa dan jadikan ia sebagai pencetus untuk lebih berjaya di masa hadapan. In Shaa Allah.

 *untuk melihat gambar lebih banyak sila ke Album FB Sekolah

Banteras Aedes 2019

Program ini telah dilaksanakan pada 19 April 2019. Ianya bertujuan menyedarkan murid-murid tentang bahayanya nyamuk aedes kepada kesihatan manusia. Program ini melibatkan semua murid, guru, staf dan pekerja swasta yang berada disekolah. "Sekolah Bebas Aedes"
Kredit: Sifum@ster

Kredit: Sifum@ster
*untuk melihat gambar lebih banyak sila ke Album FB Sekolah

KEM BESTARI SOLAT SIRI 1 //2019


Kem ini telah diadakan pada 16 April 2019, di bawah unit j-QAF. Tahniah kepada guru-guru PAI, j-QAF dan KAFA dan murid-murid yang terlibat. Program berjalan dengan lancar dan jayanya.

 *untuk melihat gambar lebih banyak sila ke Album FB Sekolah

PERTANDINGAN KANGAROO MATH CHALLENGED 2019

Seramai 6 orang murid SKKS telah menyertai Pertandingan ini di bawah Panitia Matematik. 4 orang murid kategori Ecolier dan 2 orang murid kategori Benjamin. Keputusan akan diumumkan biasanya pada bulan Mei atau Jun. Tahniah kepada Panitia Matematik dan murid yang terlibat. Semoga keputusan yang diperolehi adalah cemerlang. In Shaa Allah.

Kredit: Sifum@ster

Kredit: Sifum@ster
*untuk melihat gambar lebih banyak sila ke Album FB Sekolah

KEJOHANAN CATUR TERBUKA MAINS, NEGERI SEMBILAN.

Seramai 4 orang murid SK Kg Shafie telah menyertai Kejohanan Catur Terbuka MAINS, Negeri Sembilan sebagai persiapan atlet ke peringkat International (April) dan Negeri (Julai) 2019. Atlet yang terlibat adalah Kaseh Khadejah, Adam Asri, Hani Dahlia, dan Afif MUqkriz. Mereka berempat merupakan murid tahun 6. Walaupun Keputusan tidak menyebelahi mereka untuk mendapat hadiah namun pengalaman itu amat berharga buat mereka. Tahniah kepada semua murid yang terlibat, Ibu bapa dan guru yang terlibat.
Kredit: Sifum@ster

Kredit: Sifum@ster
*untuk melihat gambar lebih banyak sila ke Album FB Sekolah

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-40, 2019

kredit: Sifum@ster
*untuk melihat gambar lebih banyak sila ke Album FB Sekolah