SEJARAH SEKOLAH
Sekolah Kebangsaan Kampung Shafie ini dibuka pada 24.1.1960 dengan 28 orang murid dan seorang guru iaitu Cikgu Daud bin Yaakub. Rumah guru didirikan secara bergotong-royong oleh penduduk Kampung Shafie. Pada awalnya sekolah ini hanya mempunyai murid tahun 1, 2 dan 3. Pada awal tahun 1961 murid sekolah ini bertambah menjadi 35 orang dan gurunya bertambah menjadi 2 orang. Pada 2.10.1961 seorang guru agama pula dihantar ke sekolah ini.
Pada 23.10.1968 bangunan sekolah baru mula diguna bagi menggantikan bangunan yang dibina oleh orang kampung. Bangunan baru ini mengandungi 3 bilik darjah, 1 bilik pejabat, 1 bilik guru dan 1 stor sekolah. Pada masa ini sekolah ini mempunyai murid seramai 82 orang dari tahun 1 hingga tahun 6. Bilangan guru pula bertambah menjadi 5 orang termasuk guru agama. Pada 26.4.1982 sekolah ini ditambah dengan bangunan kantin baru dan bekalan air paip.
Semenjak itu bilangan murid dan guru semakin bertambah sehinggakan pada 20.9.1983 sekolah ini mendapat tambahan bangunan. Tandas baru yang dibina bagi menggantikan tandas lama yang dirobohkan untuk membina bangunan baru mula digunakan pada 6.1.1986. Dan pada masa kini, rancangan untuk membina bangunan sekolah baru sedang dirancang.