PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM TKRS 2022


memasang khemah

membina gajet

memasak
ikhtiar hidup

ikhtiar hidup
malam kebudayaan

PENGAGIHAN WANG ZAKAT BANK RAKYAT

Jumaat, 2 Disember 2022 telah diadakan pengagihan wang zakat Bank Rakyat kepada semua murid yang layak daripada tahun 1 hingga tahun 6. Seramai 37 orang murid yang telah terpilih dan layak menerima bantuan zakat akan menerima RM100 seorang. Jutaan terima kasih kepada Bank Rakyat di atas bantuan wang zakat ini. Semoga yang mendapat bantuan zakat dapat menggunakan dengan berhemat dan bermaanfaat. Terima kasih kepada semua guru kelas dan ibu bapa yang telah menjayakan program ini.




DEMO PEMASANGAN TAPAK SEMAIAN PERTANIAN MODEN

Pada Khamis, 01 Disember 2022, jam 10.30 pagi sekolah telah didatangi oleh 3 orang pegawai Pejabat Pertanian Simpang Pelangai untuk membuat demo cara penanaman sayur hidroponik moden. Sebanyak 5 set alat hidroponik telah dibekalkan kepada pihak sekolah. Semua murid tahap dua terlibat dalam program ini bersama guru dan staf. Semoga ilmu hidroponik yang diajarkan dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh murid-murid, guru dan staf yang terlibat. 
Antaranya, cara pemsangan pot dengan betul, penggunaan cocopeat, penggunaan air, penggunaan baca A dan B dan lain-lain lagi. Terima kasih khususnya kepada Pegawai dari Pejabat Pertanian dan semua yang terlibat dalam menjayakan program ini. Tahniah!