DEMO PEMASANGAN TAPAK SEMAIAN PERTANIAN MODEN

Pada Khamis, 01 Disember 2022, jam 10.30 pagi sekolah telah didatangi oleh 3 orang pegawai Pejabat Pertanian Simpang Pelangai untuk membuat demo cara penanaman sayur hidroponik moden. Sebanyak 5 set alat hidroponik telah dibekalkan kepada pihak sekolah. Semua murid tahap dua terlibat dalam program ini bersama guru dan staf. Semoga ilmu hidroponik yang diajarkan dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh murid-murid, guru dan staf yang terlibat. 
Antaranya, cara pemsangan pot dengan betul, penggunaan cocopeat, penggunaan air, penggunaan baca A dan B dan lain-lain lagi. Terima kasih khususnya kepada Pegawai dari Pejabat Pertanian dan semua yang terlibat dalam menjayakan program ini. Tahniah!





No comments: