KEJOHANAN MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH 2023

Kejohanan merentas desa peringkat sekolah SK Kg Shafie 2023 telah diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh: 19 Jun 2023
Hari: Isnin
Masa: 7:45 pagi
Tempat: Padang SKKS dan Laluan kampung 
Sasaran: Murid tahap 1 dan tahap 2

Sebelum kejohanan telah diadakan sesi latihan selama dua hari pada waktu pagi. Semua murid tahap 1 dan tahap 2 terlibat dan dipastikan kesihatan dan kebenaran ibu bapa sebelum dibenarkan menyertai kejohanan ini. Tahniah murid yang berjaya mendapat hadiah dan yang tidak berjaya jangan putus asa, cuba lagi tahun hadapan. Seramai 4 orang murid lelaki dan 4 orang murid perempuan layak mewakili sekolah di Kejohanan Merentas Desa Peringkat Daerah.

Terima kasih kepada semua guru, staf dan PIBG/KSIB dan pihak polis yang terlibat sama dalam menjayakan kejohanan kali ini. Kejohanan berjalan dengan lancar dan meriah. Murid-murid seronok dapat berlari mengelilingi kampung.

Kredit:sifum@ster

Kredit:sifum@ster


No comments: