SAMBUTAN MAULIDUR RASUL S.A.W. 1440H, 2018M

Kredit: Cikgu Rozi
Sambutan Maulidur Rasul telah diadakan pada 19 November 2018 (Isnin) Peringkat Komuniti Kg Shafie. Kerjasama antara Sekolah, PIBG & KSIB, Masjid Kg Shafie, Kelas Bina Insan dan Pusat Komuniti Desa(PKD) telah berjaya mengadakan majlis ini dengan jayanya. Banyak aktiviti yang dijalankan sepanjang majlis tersebut seperti yang terdapat pada latar pentas di atas. Pada malamnya diadakan ceramah Maulidur Rasul dengan tajuk " Rasulullah Suri Teladan Ummah". Ceramah ini disampaikan oleh Yang Berbahagia Ustaz Shafie Bin Muda, Pegawai Hal Ehwal Islam, Ibu Pejabat Felda Kuala Lumpur. Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis ini.

* Untuk melihat lebih banyak gambar sila ke FB sekolah

No comments: