GOTONG - ROYONG PERDANA 2016

Bilik j-Qaf
Gotong-royong perdana 2016 telah diadakan pada hari Sabtu, 16 Januari 2016. Gotong-royong ini mendapat kerjasama daripada PIBG, ibu bapa dan warga SKKS. Bermula jam 7.30 pagi dengan aktiviti senamrobik dan diteruskan dengan gotong-royong mengindah, mencantikkan, mengemas dan membersihkan tempat-tempat yang telah ditetapkan. Gotong-royong ini telah dipecahkan kepada beberapa kumpulan yang diketuai oleh seorang guru. Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah:
Dinding Pemulihan

  • Senamrobik
  • Mengecat pagar sekolah
  • Mengecat dinding pemulihan dan makmal ict
  • Mengemas bilik j-Qaf
  • Mengemas Pusat Sumber Sekolah
  • Mengemas bilik BOSS
Bilik BOSS
Jamuan
Jamuan ringan disediakan kepada semua yang hadir. Terima kasih diucapkan kepada semua ibu bapa, PIBG, murid yang terlibat, guru dan kakitangan serta yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjaya program gotong-royong ini. Jutaan terima kasih juga kepada para penderma dan penyumbang seperti cat, wang ringgit dan tenaga.


Jamuan

Sudut KOKU dan HEM

Pusat Sumber

Makmal ICT

Wirering

Senamrobik

Cat Rak Kasut

Pagar Sekolah

No comments: