Sambutan Maulidur Rasul 2013

Sambutan Mauliur Rasul telah diadakan pada 7 Feb 2013. "Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah" itulah tema sambutan Maulidur Rasul tahun ini. Sambutan ini diserikan lagi dengan perarakan, ceramah oleh penulis buku iaitu Abdul Latip dan program-program sampingan yang lain seperti tadarus, hafazan, bercerita dan mewarna. Sambutan ini diadakan bersama dengan PIBG Sekolah. Jamuan ringan disediakan beserta hadiah untuk murid - murid yang berjaya dalam pertandingan yang disertai.