Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar dan jayanya.
PEMBENTANGAN PROGRAM PEMUTIHAN SK KAMPUNG SHAFIE
Pembentang ini telah diadakan pada Selasa, 27 April 2021. Bertempat di PKG Karak dan bermula jam 8.30 pagi. Seramai 3 orang wakil daripada SKKS terdiri daripada Guru Besar, Guru Aset dan Guru ICT, serta 3 orang pegawai dari PPD Bentong. Pemutihan ini melibatkan naiktaraf Ruang Makan Prasekolah serta Ubahsuai dan tukar guna Bilik Pemulihan kepada Bilik Gerakan.
PERTANDINGAN KANGAROOMATH 2021
Pertandingan ini telah diadakan pada 21 April 2021, Bertempat di Makmal Komputer SKKS. Seramai 3 orang murid menyertai pertandingan Kangaroomath pada tahun ini iaitu Adam Irfan (Thn 5), Robiah (Thn 6) dan Nur Aina (Thn 6). Ketiga-tiga murid menduduki kategori Benjamin.
Semoga mereka berjaya mendpat keputusan yang cemerlang nanti.
KEMASUKAN MURID PRASEKOLAH 2021
Kepada ibu bapa yang mempunyai anak dan memenuhi syarat kelayakan bolehlah membuat pendaftaran secara dalam talian atau manual sebelum tarikh tutup permohonan.
KEJOHANAN CATUR SERI MENANTI NEGERI SEMBILAN 2020
11 Januari 2020, Sabtu, Seramai 4 orang murid SKKS telah menyertai Kejohanan Catur Terbuka Seri Menanti (Peringkat Kebangsaan) di Dewan Seri Menanti Kuala Pilah. Ini kali pertama mereka menyertai kejohanan terbuka. Walaupun tidak membawa pulang hadiah dan pingat, namun pengalaman dan semangat itu yang penting. In syaa Allah kejayaan akan menjelma.
![]() |
| Dari Kiri: Amsyar, Thoriq, Ahlami, dan Badrul |
Subscribe to:
Posts (Atom)







