PENYAMPAIAN SET CATUR KEPADA SETIAP KELAS (SUKAN KEBITARAAN)


Penyampaian 2 set catur kepada setiap kelas dari tahun 1 hingga tahun 6. Program ini selaras sukan kebitaraan SKKS iaitu sukan catur. Diharapkan murid-murid dapat menggunakan catur ini untuk mengingkatkan lagi ilmu dan kefahaman tentang catur. Usaha ini atas inisiatif GPK Koku yang baru. Semoga sukan catur SKKS dapat melahirkan lebih ramai pencatur yang hebat.

PENYAMPAIAN SIJIL TAPIR HERO (DCS) 2023 KEPADA MURID TAHUN 6


Tahniah kepada 16 orang murid yang telah menduduki ujian DCS (Tapir Hero) 2023. Ujian ini berlangsung dari Ogos hingga November 2023. Keputusan yang diperolehi seperti berikut:
6 orang murid mendapat 3 star (Digital Intermediate)
9 orang murid mendapat 4 star (Digital Advance)
1 orang murid mendapat 5 star (Digital Innovator)

MAJLIS "JASAMU DIKENANG BAKTIMU DIJULANG" KALI KE-2, 2023



Sekalung Penghargaan kepada Pn. Noryatti Binti Bajuri dan Pn. Aisyah Hanun Binti Samsudin yang telah banyak menyumbang ilmu dan jasa kepada murid-murid SK Kg Shafie sepanjang bertugas di sini. Selamat berpindah ke sekolah baru semoga ceria dan teruskan kecemerlangan di sekolah baru. Pn. Noryati telah berpindah ke SK Pelangai Jawi-Jawi bermula bulan Ogos 2023 dan Pn. Aisyah Hanun telah bertukar ke SK Felda Mempaga 1 pada 16 Julai yang lalu. Selamat bertugas ditempat baru.

TAKLIMAT PENGURUSAN DAN PEMUGARAN MODUL TMK TAHAP 1 DAN TAHAP 2, 2023

Ketetapan taklimat adalah seperti berikut:
Tarikh: 26 Julai 2023
Hari: Rabu
Masa: 2.00 p.m. hingga 5:00 p.m.
Tempat: Bilik Gerakan SEKEKAS

Taklimat telah disampaikan oleh Cikgu Syaifurusdi kepada semua guru dan staf yang hadir sama. Modul TMK semakan 2017 telah pun sampai ke tahap 2 melibatkan 3 subjek utama iaitu BM, MT dan SN. Harap semua guru faham dan dapat melaksanakan modul TMK sebagai sisipan dalam mata pelajaran tertentu dan dilaksanakan dengan jayanya. Bahan bahan berkaitan boleh diperolehi di laman yang disediakan oleh JPN Pahang. https://bit.ly/modultmkjpnpahang. 

kredit: sifum@ster