SALAM RAMADHAN

Hari ini sudah 20 hari kita menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan yang mulai ini dan tinggal 10 hari sahaja lagi untuk kita mencari keberkatan bulan Ramadhan ini.. Semoga kita semua tidak terlepas daripada Rahmat Yang Esa...

Selamat Datang

Tanggal 4.1.2011 kami warga SKKS telah menerima seorang guru yang baru menamatkan pengajian di Institut Pendidikan Guru Tengku Ampuan Afzan, Cik Khairul Nisa' bt Mohd Halim. Beliau merupakan Guru Penolong Agama.
Penantian kami untuk menerima seorang lagi guru bagi menggantikan En Ismail b Abd Ghani belum lagi tertunai kerana masih belum ada guru yang melaporkan diri sehingga ke hari ini.
Kami warga SKKS sangat berharap akan mendapat pengganti secepat mungkin. Untuk meringankan sedikit beban tugas guru-guru yang ada.