MAJLIS PERSARAAN GURU BESAR

Raja Sehari berada di Singgahsana
Majlis Persaraan Guru Besar, Ustaz Ramli bin A Hamid telah berlangsung dengan penuh gilang-gemilang dengan tema 'Kesultanan Melayu'. Beliau telah berkhidmat selama 5 tahun lebih di SKKS.
Tetamu jemputan, wakil PPD dan Guru Besar Zon Pelangai
Perarakan menaiki tandu dan paluan kompang
Majlis ini melibatkan komuniti setempat dan mendapat kerjasama yang jitu dari pelbagai pihak untuk menjayakan majlis yang julung-julung kali diadakan di SKKS, khususnya warga sekolah dan PIBG. Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua tetamu yang hadir dan menjayakan majlis ini. Terima kasih juga kepada para penyumbang dana, tenaga dan masa untuk merealisasikan majlis seumpama ini.                                        Semoga Ustaz Ramli dapat menguruskan kesihatannya dengan lebih baik dan bertambah sihat selepas persaraan ini. Kami warga SKKS memohon ampun dan maaf jika ada salah dan silap semasa di bawah pentadbirannya. Warga SKKS mengucapkan SELAMAT BERSARA.

No comments: