Perjumpaan Ibu Bapa Tahun 5 dan 6 kali Pertama 2013

Perjumpaan ini diadakan pada 28 Feb 2013 di Makmal ICT sekolah. Perjumpaan kali pertama antara guru-guru dan ibu bapa serta penjaga murid tahun 5 dan 6. Fokus utama adalah pencapaian anak-anak dalam peperiksaan UPSR 2013 dan 2014.






Perbincangan banyak berkisar tentang program-program yang akan dilaksanakan untuk mencapai kecemerlangan UPSR 2013 nanti.

Sambutan Maulidur Rasul 2013

Sambutan Mauliur Rasul telah diadakan pada 7 Feb 2013. "Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah" itulah tema sambutan Maulidur Rasul tahun ini. Sambutan ini diserikan lagi dengan perarakan, ceramah oleh penulis buku iaitu Abdul Latip dan program-program sampingan yang lain seperti tadarus, hafazan, bercerita dan mewarna. Sambutan ini diadakan bersama dengan PIBG Sekolah. Jamuan ringan disediakan beserta hadiah untuk murid - murid yang berjaya dalam pertandingan yang disertai.

SUKAN DWI TAHUNAN 2012

Sk. Kg. Shafie akan mengadakan Sukan Dwi Tahunan 2012 seperti ketetapan berikut:
Tarikh: 19 Julai 2012
Masa: 2.00 - 4.00 ptg
Tempat: Padang Sekolah SKKS
Perasmi: Tok Empat Ghafar
Kepada semua guru, kakitangan dan murid SKKS selamat bersukan. Semua ibu bapa dan komuniti Kg. Shafie dijemput hadir untuk memeriahkan lagi acara sukan tersebut. Acara untuk ibu bapa dan komuniti juga disediakan.
MAJULAH SUKAN UNTUK SEKOLAH DAN NEGARA

Sukan Tara
akan dijalankan pada
17 Julai 2012.


SALAM RAMADHAN

Hari ini sudah 20 hari kita menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan yang mulai ini dan tinggal 10 hari sahaja lagi untuk kita mencari keberkatan bulan Ramadhan ini.. Semoga kita semua tidak terlepas daripada Rahmat Yang Esa...