PENATARAN MATA PELAJARAN UPSR 2016

Subjek BM
 Penataran mata pelajaran UPSR 2016 telah diadakan pada hari Selasa, 5 Januari 2016.
Mata pelajaran yang terlibat ialah:
1. BM Pemahaman
2. BM Penulisan
3. BI Pemahaman
4. BI Penulisan
5. Sains
6. Matematik
Subjek BM
 Ia disampaikan oleh guru yang telah pergi kursus penataran pada tahun 2015. Penataran ini bertujuan mendedahkan kepada semua guru tentang perubahan mata pelajaran UPSR 2016. Jika sebelum ini, UPSR mengikut format lama KBSR, 2016 format UPSR adalah format KSSR yang pertama. Murid tidak lagi mendapat 5A tetapi telah bertambah menjadi 6A. Pertambahan ini disebabkan oleh kertas BI yang telah dipecahkan kepada 2 kertas iaitu kertas pemahaman dan penulisan.

Banyak perubahan yang berlaku dalam setiap mata pelajaran. Untuk mendapat maklumat terperinci dan lanjut berkaitan perubahan ini, pihak ibu bapa bolehlah merujuk atau mendapat maklumat dari web Lembaga Peperiksaan Malaysia atau guru subjek masing-masing. Format yang terkini boleh rujuk jadual di bawah.
Jika tidak faham pihak ibu bapa boleh bertanyakan kepada guru subjek yang berkenaan.
Subjek Sains


Subjek BI

Subjek MT
Subjek MT

































Di bawah ini adalah format UPSR KSSR yang terbaru:

PENDAFTARAN TAHUN SATU DAN BAYARAN PERSEKOLAHAN 2016

Pendaftaran tahun 1 dan bayaran persekolahan 2016 tela diadakan pada 31 Disember 2015 iaitu pada hari Khamis. Ramai ibu bapa yang hadi untuk membuat pembayaran pada hari tersebut begitu juga dengan ibu bapa tahun 1 2016. Kaunter telah dibuka dari jam 8.30 pagi hingga 1.00 petang.
Terima kasih kepada semua guru yang bertugas dan ibu bapa yang hadir membuat pembayaran.

MESYUARAT AWAL TAHUN 2016

Mesyuarat awal persekolahan 2016 telah diadakan pada 29 Disember 2015. Tahniah kepada semua guru yang hadir. SKKS telah menerima  seorang guru besar dan seorang guru PAI yang baru. Selamat datang ke SKKS dan selamat menjalankan tugas di SK. Kg. Shafie. Semoga SKKS bertambah cemerlang dan gemilang.

MAJLIS PERSARAAN GURU BESAR

Raja Sehari berada di Singgahsana
Majlis Persaraan Guru Besar, Ustaz Ramli bin A Hamid telah berlangsung dengan penuh gilang-gemilang dengan tema 'Kesultanan Melayu'. Beliau telah berkhidmat selama 5 tahun lebih di SKKS.
Tetamu jemputan, wakil PPD dan Guru Besar Zon Pelangai
Perarakan menaiki tandu dan paluan kompang
Majlis ini melibatkan komuniti setempat dan mendapat kerjasama yang jitu dari pelbagai pihak untuk menjayakan majlis yang julung-julung kali diadakan di SKKS, khususnya warga sekolah dan PIBG. Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua tetamu yang hadir dan menjayakan majlis ini. Terima kasih juga kepada para penyumbang dana, tenaga dan masa untuk merealisasikan majlis seumpama ini.                                        Semoga Ustaz Ramli dapat menguruskan kesihatannya dengan lebih baik dan bertambah sihat selepas persaraan ini. Kami warga SKKS memohon ampun dan maaf jika ada salah dan silap semasa di bawah pentadbirannya. Warga SKKS mengucapkan SELAMAT BERSARA.

Sambutan Maulidur Rasul Bersama Komuniti 2014

Sambutan ini telan pada bulan Februari 2014. Sambutan ini diadakan bersama komuniti kg shafie. Acara sambutan Maulidur Rasul diadakan di Masjid Kg. Shafie. Pelbagai Acara diadakan untuk semua lapisan masyarakat.
Terima kepada pihak-pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.