KEM KEPIMPINAN PENGAWAS SEKOLAH, PENGAWAS PUSAT SUMBER SEKOLAH, KETUA KELAS DAN KEMBARA MINDA

Kem kepimpinan ini telah diadakan pada 29 dan 30 Januari 2016, selama 2 hari 1 malam di D Nur Rina Resort Kg. Shafie. Kem bermula jam 3 petang Jumaat dan tamat jam 1.00 petang pada Sabtu. Seramai 30 orang murid terlibat dan 14 orang guru serta 3 orang staf sokongan. Terima kasih di atas kerjasama AJK PIBG sekolah yang banyak membantu dan juga pengusaha kem. Terima kasih juga kepada Pegawai Perhubungan Sekolah yang sudi hadir di Majlis Penutup
kem tersebut dan kepada yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.
Penyampaian Sijil
Tazkirah
Aktiviti aktiviti yang dijalankan sepanjang kem ialah:
Pendaftaran peserta
Ice Breaking/ taklimat
Perasmian
Pembahagian kumpulan
Pembahagian penginapan murid dan guru
Bergambar Beramai-ramai
Kem Kepimpinan PSS
Solat Asar
Kem Kepimpinan Ketua Kelas
Riadah dan minum petang
Makan malam
Solat Maghrib
Tazkirah
Solat Isyak
Kembara Minda
Qiamulai dan solat Subuh
Sarapan pagi
Senaman pagi
Kem Kepimpinan
Majlis Penutup
Bersurai


Pendaftaran peserta

Taklimat/Ice breaking

Pengurusan diri


Perasmian


Riadah

Minum petang

Minum petang

Minum petang

Riadah

Riadah

Riadah

Kembara Minda BM

Kembara Minda BI

Kembara Minda Diri

Pembentangan Kumpulan

Senaman Pagi












Senaman pagi
Majlis Penutup
Kembara minda MT
 
Kem kepimpinan Pengawas Sekolah

GOTONG - ROYONG PERDANA 2016

Bilik j-Qaf
Gotong-royong perdana 2016 telah diadakan pada hari Sabtu, 16 Januari 2016. Gotong-royong ini mendapat kerjasama daripada PIBG, ibu bapa dan warga SKKS. Bermula jam 7.30 pagi dengan aktiviti senamrobik dan diteruskan dengan gotong-royong mengindah, mencantikkan, mengemas dan membersihkan tempat-tempat yang telah ditetapkan. Gotong-royong ini telah dipecahkan kepada beberapa kumpulan yang diketuai oleh seorang guru. Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah:
Dinding Pemulihan

  • Senamrobik
  • Mengecat pagar sekolah
  • Mengecat dinding pemulihan dan makmal ict
  • Mengemas bilik j-Qaf
  • Mengemas Pusat Sumber Sekolah
  • Mengemas bilik BOSS
Bilik BOSS
Jamuan
Jamuan ringan disediakan kepada semua yang hadir. Terima kasih diucapkan kepada semua ibu bapa, PIBG, murid yang terlibat, guru dan kakitangan serta yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjaya program gotong-royong ini. Jutaan terima kasih juga kepada para penderma dan penyumbang seperti cat, wang ringgit dan tenaga.


Jamuan

Sudut KOKU dan HEM

Pusat Sumber

Makmal ICT

Wirering

Senamrobik

Cat Rak Kasut

Pagar Sekolah

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2016

Sambutan Maulidur Rasul 2016/1437H telah diadakan pada hari Khamis, 15 Januari 2016. Program bermula jam 7.30 pagi hingga 12.15 tengah hari bertempat di bilik j-Qaf.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah:
Perarakan
  • Berkumpul di tapak perhimpunan
  • Perarakan 
  • Bacaan Yassin dan tahlil
  • Perasmian
  • Ceramah
  • Kuiz
  • Pertandingan melukis poster dan mewarna
  • Penyampaian hadiah
Bacaan Yassin dan tahlil
Sambutan ini melibatkan semua warga sekolah, murid dan AJK PIBG. Aktiviti berjalan dengan lancar dan jayanya. Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dan yang memberikan kerjasama dalam menjaya program ini khususnya PIBG yang telah menyumbangkan sumber kewangan.



Ceramah Maulidur Rasul
Penyampaian Cenderahati kepada Penceramah

Pertandingan Poster dan Mewarna

Penyampaian Hadiah kepada Pemenang

PENATARAN MATA PELAJARAN UPSR 2016

Subjek BM
 Penataran mata pelajaran UPSR 2016 telah diadakan pada hari Selasa, 5 Januari 2016.
Mata pelajaran yang terlibat ialah:
1. BM Pemahaman
2. BM Penulisan
3. BI Pemahaman
4. BI Penulisan
5. Sains
6. Matematik
Subjek BM
 Ia disampaikan oleh guru yang telah pergi kursus penataran pada tahun 2015. Penataran ini bertujuan mendedahkan kepada semua guru tentang perubahan mata pelajaran UPSR 2016. Jika sebelum ini, UPSR mengikut format lama KBSR, 2016 format UPSR adalah format KSSR yang pertama. Murid tidak lagi mendapat 5A tetapi telah bertambah menjadi 6A. Pertambahan ini disebabkan oleh kertas BI yang telah dipecahkan kepada 2 kertas iaitu kertas pemahaman dan penulisan.

Banyak perubahan yang berlaku dalam setiap mata pelajaran. Untuk mendapat maklumat terperinci dan lanjut berkaitan perubahan ini, pihak ibu bapa bolehlah merujuk atau mendapat maklumat dari web Lembaga Peperiksaan Malaysia atau guru subjek masing-masing. Format yang terkini boleh rujuk jadual di bawah.
Jika tidak faham pihak ibu bapa boleh bertanyakan kepada guru subjek yang berkenaan.
Subjek Sains


Subjek BI

Subjek MT
Subjek MT

































Di bawah ini adalah format UPSR KSSR yang terbaru: