SAMBUTAN HARI GURU 2019

Guru dan staf SKKS 2019

Persembahan murid tahun 6
3 MAY 2019, "GURU, OBOR HEMAH MENYINARI PERTIWI" itulah tema sambutan hari guru pada tahun 2019. Majlis ini dibawakan khas oleh PIBG dan KSIB SKKS untuk menyambut Sambutan Hari Guru khususnya guru-guru dan staf SKKS. Biasanya disambut pada setiap 16 Mei tetapi disebabkan ia jatuh dalam bulan Ramadhan maka majlis disambut lebih awal. Banyak aktiviti yang dijalankan sepanjang Majlis Sambutan Hari Guru ini untuk meraikan guru-guru dan staf SKKS. Tahniah dan terima kasih yang tak terhingga kepada PIBG dan KSIB yang bertungkus lumus untuk menjayakan majlis ini.
*Untuk melihat lebih banyak gambar sila ke FB sekolah

KEJOHANAN CATUR SIRKIT 2 MSSP MARAN 2019

Kejohanan ini telah berlangsung pada 24 - 27 April 2109, Bertempat di Dewan SMK Desa Jaya, Bandar Pusat Jengka, Maran. Seramai 2 orang murid iaitu Adam Asri b. Azmi dan Mohammad Afif Muqkriz b. Mohd Nazi Hanizam telah mewakili SKKS ke kejohanan tersebut untuk melayakkan diri ke Sirkit 4 iaitu pemilihan ke MSSM bersama guru pengiring Syaifurusdi b. Ibrahim. Penginapan peserta daripada Bentong di Homestay Selesa, Maran. Berhampiran dengan SMK Desa Jaya.
         Adam Asri berjaya memperolehi 4.5 mata berkedudukan ke-74, manakala Muhammad Afif memperolehi 6 mata berkedudukan ke-15 daripada 195 peserta bawah 12 tahun. Tahniah diucapkan kepada peserta yang berjuang bersungguh-sungguh namun rezeki belum ada.

Dari Kiri: Muhammad Afif Muqkriz, Adam Asri
Kredit: Sifum@ster

Kredit: Sifum@ster

* Untuk melihat gambar lebih banyak sila ke FB sekolah

KEJOHANAN CATUR INTERNATIONAL OPEN PAHANG 2019

Dari kiri: Adam Asri, Afif Mukqriz, Sifum@ster, Kaseh, Hani
 Seramai 4 orang murid telah menyertai Kejohanan Catur Antarabangsa Terbuka Pahang 2019 di Hotel Ancasa Royale Pekan Pahang dari 20-21 April 2019. Rezeki tidak menyebelahi anak-anak murid SKKS walaupun sudah memerah otak sehingga minit-minit terakhir. Kesilapan di endgame menyebabkan kalah dipusingan final. Diharapkan murid yang terlibat tidak putus asa dan jadikan ia sebagai pencetus untuk lebih berjaya di masa hadapan. In Shaa Allah.

 *untuk melihat gambar lebih banyak sila ke Album FB Sekolah

Banteras Aedes 2019

Program ini telah dilaksanakan pada 19 April 2019. Ianya bertujuan menyedarkan murid-murid tentang bahayanya nyamuk aedes kepada kesihatan manusia. Program ini melibatkan semua murid, guru, staf dan pekerja swasta yang berada disekolah. "Sekolah Bebas Aedes"
Kredit: Sifum@ster

Kredit: Sifum@ster
*untuk melihat gambar lebih banyak sila ke Album FB Sekolah

KEM BESTARI SOLAT SIRI 1 //2019


Kem ini telah diadakan pada 16 April 2019, di bawah unit j-QAF. Tahniah kepada guru-guru PAI, j-QAF dan KAFA dan murid-murid yang terlibat. Program berjalan dengan lancar dan jayanya.

 *untuk melihat gambar lebih banyak sila ke Album FB Sekolah