KEJOHANAN CATUR SIRKIT 2 MSSP MARAN 2019

Kejohanan ini telah berlangsung pada 24 - 27 April 2109, Bertempat di Dewan SMK Desa Jaya, Bandar Pusat Jengka, Maran. Seramai 2 orang murid iaitu Adam Asri b. Azmi dan Mohammad Afif Muqkriz b. Mohd Nazi Hanizam telah mewakili SKKS ke kejohanan tersebut untuk melayakkan diri ke Sirkit 4 iaitu pemilihan ke MSSM bersama guru pengiring Syaifurusdi b. Ibrahim. Penginapan peserta daripada Bentong di Homestay Selesa, Maran. Berhampiran dengan SMK Desa Jaya.
         Adam Asri berjaya memperolehi 4.5 mata berkedudukan ke-74, manakala Muhammad Afif memperolehi 6 mata berkedudukan ke-15 daripada 195 peserta bawah 12 tahun. Tahniah diucapkan kepada peserta yang berjuang bersungguh-sungguh namun rezeki belum ada.

Dari Kiri: Muhammad Afif Muqkriz, Adam Asri
Kredit: Sifum@ster

Kredit: Sifum@ster

* Untuk melihat gambar lebih banyak sila ke FB sekolah

No comments: