MEMBERUS GIGI DENGAN BETUL - BERSAMA JURURAWAT PUSAT KESIHATAN BENTONG

Selasa, 18 Oktober 2016, sepasukan jururawat daripada Pusat Kesihatan Bentong telah datang ke SK Kg Shafie untuk mengadakan kempen memberus gigi dengan betul. Program ini melibatkan semua murid daripada Prasekolah hingga murid tahun 6.
          Diharapkan murid-murid dapat mengamalkan cara memberus gigi dengan betul dan seterusnya dapat menjaga kesihatan gigi dan gusi. Jutaan terima kasih kepada Pusat Kesihatan Bentong di atas program tersebut.

KEJOHANAN SUKAN DWI-TAHUNAN KALI KE-28 2016

Kredit: Sifumaster
Kejohanan sukan Dwi-Tahunan Kali Ke-28 ini bertemakan superhero. Terdapat 3 rumah sukan iaitu, biru, kuning dan merah. Tahniah kepada rumah biru kerana mengekalkan hatrik juara keseluruhan. Juara khemah terbaik pula dimenangi oleh rumah kuning bertemakan Transformers, kedua Prasekolah bertemakan Ninja Turtle, ketiga rumah merah yang bertemakan Power Rangers dan keempat rumah biru yang bertemakan Captain Amerika.
       Juara perbarisan atlet dimenangi rumah biru, kedua rumah merah dan ketiga rumah kuning.
Perjalanan sukan kali ini berjalan dengan lancar. Ramai penonton yang datang sama ada untuk melihat mahupun menyertai acara yang disediakan kepada mereka. Jutaan terima kasih kepada semua khususnya

Ø YB DATO’ SERI LIOW TIONG LAI - Menteri Pengangkutan
Ø EN NASARUDDIN BIN AHMAD - Penghulu Mukim Pelangai
Ø JKK Kg Shafie
Ø Pihak Polis Balai Manchis
Ø YDP PIBG serta barisan AJK PIBG SK Kg Shafie
Ø AJK KSIB SK Kg Shafie
Ø Guru-guru serta kakitangan SK Kg Shafie
Ø Belia dan Beliawanis Kg Shafie
Ø Orang perseorangan & kumpulan pemberi sumbangan
Ø Ibu bapa serta penduduk kampung
Ø Murid-murid SK Kg Shafie
Serta mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung bagi menjayakan Kejohanan Sukan Dwi-Tahunan SK Kampung Shafie kali ke-28 Terima Kasih semuanya…





MAJLIS SAMBUTAN SEKAMPUNG BERAYA

20 Julai 2016, Majlis Sambutan Sekampung Beraya telah dilangsung di padang SK Kg. Shafie bermula jam 9.00 pagi sehingga 2.00 petang. Program dimulakan dengan hari bertemu pelanggan iaitu menandatangani profil murid diikuti dengan jamuan hari raya jam 11.00 pagi.
         Program ini mendapat kerjasama padu dari seluruh komuniti Kg. Shafie terutamanya pihak Sekolah, PIBG, JKK, Masjid, RTC, PWPK, Belia dan Beliawanis serta individu-individu yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam memberikan sumbangan wang ringgit, tenaga, idea dan sebagainya. Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini. Diharap program seperti ini akan mengeratkan lagi hubungan pihak sekolah dengan komuniti setempat.

Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin

SAMBUTAN HARI GURU 16 MEI 2016

SELAMAT HARI GURU diucapkan kepada semua guru SKKS. Tahniah kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung sempena sambutan Hari Guru 2016, "GURU PEMBINA NEGARA BANGSA".

ROOT SMARTPHONE

ROOT
Bermaksud membuka pintu sistem operasi / membina jambatan untuk berhubung ke ruangan sistem.

Telefon yg belum root digelar telefon standard. Di mana anda tidak dibenarkan untuk membuang software2 tertentu yg kilang dah letakkan. Kadang2 software tu tak penting dan tidak pun digunakan oleh anda tetapi anda tak boleh nak buang kerana anda tidak mempunyai hak dan kebenaran untuk berbuat demikian.

KENAPA PERLU ROOT

Agar kita mempunyai kuasa sepenuhnya untuk menambah, membuang atau mengubahsuai phone kita.
Jika anda perasan, saiz storage internal anda tidak sama dengan saiz yang ditulis pada kotak ataupun iklan. Contohnya phone tersebut diiklankan dengan saiz internal sebesar 4gb tetapi bila kita tengok baki saiz selepas kita beli, ianya sudah berkurangan bukan? ( iklan tulis 4gb, tp lepas beli, baki cuma ada 2gb ) Ini kerana sebahagian saiz asal tersebut telah digunakan oleh kilang untuk letak sistem operasi dan software mereka. Kadang2 software mereka tu bukan kita guna pun. So mustahil kita boleh buang kesemuanya tanpa root dahulu phone tu. Itulah gunanya root.

KELEBIHAN ROOT
( perlukan juga ilmu dan kemahiran asas android )
Anda boleh buang software2 dari kilang yang anda xsuka tu dan jimatkan penggunaan ram.
Anda boleh install semua software2 kelengkapan utk kerja2 ubahsuai phone anda.
Anda boleh tukar icon2 atau apa jua perkara yang diperlukan utk mencantikkan rupa sistem phone
Anda boleh menambah prestasi dan membaiki kelemahan2 kecil pada phone anda
Anda boleh buat backup sistem operasi phone anda
Anda boleh flash ( format ) phone anda menggunakan custom rom
Anda mempunyai kuasa penuh terhadap phone anda ( PALING BEST )

KEBURUKAN ROOT
Waranti phone secara automatik akan terbatal (*Hp ori set mi Malaysia, kalau da root, warranty masih on.. Not void)
Phone anda akan mengalami masalah sekiranya anda TER buang fail sistem operasi

ANTARA SOFTWARE POPULAR YG DIGUNAKAN SELEPAS ROOT
SuperSu
Root Explorer
Titanium Backup
Rom Manager
Rom Toolbox
Busybox
AdFree
Battery Saver Greenify
Battery Calibration Stat
Daemon Controller
Font Changer
Xposed ( Gravity Box )
Apps2sd

So saya harap pembaca2 sekalian dpt memahami serba sedikit tentang root , baik buruk dan kelebihannya dari artikel ini.

LITERASI ICT FASA 2 2016

ictLITERASI ICT FASA 2 2016
Ada 2 pilihan.
Pilihan pertama. Versi bahasa malaysia
1. Perlu setelkan 5 modul dalam bahasa melayu di laman web etln sahaja
2. xperlu install silverlight
3. Habiskan 5 modul kursus
4. Kemudian dh dpt 100%, terus boleh jawab self assessment.
5. Perlu dapat markah 80% keatas
6. Jika tidak ulang sampai lulus
7. Tiada had pengulangan
8. Hanya layak dapat 1 sijil dari etln


Pilihan kedua. Versi bahasa inggeris.
1. Perlu setelkan 5 modul di laman it academy
2. Perlu install silverlight, silap2 video tak jalan lau xkena setting
3. Kemudian habiskan 5 modul kursus.
4. dapatkan 100% kursus, baru boleh jawab self assesment
5. Perlu dptkan markah 80%
6. Ulang smpai lulus
7. Tiad had pengulangan
8. Dapat 5 sijil yang dikeluarkan oleh microsoft
9. Semua kursus di it academy
10. Dapat 1 sijil tamat kursus dari etln

Terpulang pd cikgu.
Nak dapat 1 sijil jawab versi bmNak dapat 6 sijil jawab versi bi

Perbezaan antara versi bi dan bm.
1. Versi bi - dapat 5 sijil microsoft + 1 sijil etln
2. Versi bm - dapat 1 sijil etln
3. Versi bi - kena install silverlight
4. Versi bm - tak perlu install silverlight, hanya pdf reader
5. Versi bi - lebih lama nak siapkan 5 modul
6. Versi bm - lebih cepat nak siapkan 5 modul
7. Versi bi - lebih teknikal silap2 video tak jalan
8. Versi bm - lebih mudah, tak perlu teknikal


CARA MEMASANG DONGLE YES DAN MENGGUNAKANNYA.

Dongle Yes yang anda dapat sama ada secara beli sendiri atau menggunakan yang dibekalkan kepada pihak sekolah mungkin menghadapi masalah untuk menggunakannya. Biasanya installer telah dibekalkan dalam dongle tersebut. Tetapi mungkin installer tersebut versi yang lama atau tidak sesuai lagi dengan versi laptop anda. Mungkin semasa anda cucuk dongle tersebut pada USB port dia mengambil masa yang lama untuk membukanya dan menyetup akplikasi dengle tersebut.
Jadi, anda perlu memuat turun installer yang terkini sesuai untuk semua laptop (win 7, 8, 10). Klik disini untuk memuat turun installer dan setup di laptop anda. Bila dah selesai ikon ini akan muncul di skrin laptop anda.
Setelah setup selesai, barulah anda boleh menggunakan dongle tersebut untuk mengakses internet. Anda hanya perlu memasukkan alamat emel yes dan passwordnya. Anda boleh gunakan emel dan password peribadi atau yang sekolah punya.
SEMOGA BERMANFAAT.

MAJLIS PENUTUPAN KEM MEMBACA 1MALAYSIA (KM1M)

JUMAAT 08 APRIL 2106, Majlis penutupan program KM1M telah diadakan pada jam 8.00 a.m. bertempat di bilik j-QAF SKKS. Tahniah kepada semua murid dan guru yang telah menjayakan program ini yang dilangsungkan selama 3 hari.


KEM BESTARI SOLAT SIRI 1 2016

6 April 2016, Rabu. KEM BESTARI SOLAT SIRI 1 2016 telah dilaksanakan. Program bermula jam 2.30 p.m. hingga 8.00 p.m. Semua murid beragama Islam dari tahun 1 hingga 6 terlibat. Program ini juga melibatkan semua guru SKKS sebagai fasilitator. Program ini mendapat sambutan yang menggalakkan dan telah dilaksanakan dengan jayanya.
Tentatif program dimulakan dengan pendaftaran peserta, Penerangan guru, amali wudhuk dan bilangan rakaat untuk tahun 1. Kemudian diteruskan dengan aktiviti menghafal niat solat 5 waktu, bacaan rukuk, iqtidal, sujud, duduk antara 2 sujud, tahiyyat awal dan akhir, doa qunut, hafaz surah-surah pilihan, doa selepas wudhuk yang diadakan dalam kumpulan kecil.
Aktiviti diteruskan dengan solat Asar berjemaah, diimamkan oleh murid. Selepas itu, jamuan petang seterusnya penerangan tentang perkara-perkara yang membatalkan wudhuk juga dilaksanakan secara kumpulan kecil. Murid tahun 6 diajarkan cara solat jenazah.
Sedikit riadah untuk murid-murid pada petang itu. Kemudian murid mandi dan makan malam. Akhirnya solat Maghrib berjemaah yang diimamkan oleh murid tahun 6 disusuli dengan tazkirah rinkas dari guru. Jam 8.00 program tamat.

KEM MEMBACA 1MALAYSIA & MAJLIS PELANCARAN NILAM



KEM MEMBACA 1MALAYSIA & MAJLIS PELANCARAN NILAM telah diadakan pada hari Rabu, 6 April 2016 bertempat di bilik j-QAF. Program ini dilaksanakan selama 3 hari, melibatkan semua murid dari PraSekolah hingga tahun 6 dan semua guru.

Dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan lagu Allah Selamatkan Sultan Kami, Bacaan Doa, dan membaca serentak 1Malaysia selama 5 minit. Ucapan oleh GPK 1 dan seterusnya majlis Perasmian yang telah disempurnakan oleh tuan Guru Besar SKKS dengan gimik pelancaran.

Selepas itu, sesi bercerita oleh tuan Guru Besar. Akhirnya tayangan Upin-Ipin berkaitan tabiat membaca. Semoga dengan program ini akan meningkatkan minat membaca dikalangan murid-murid dan guru.

PEMUAFAKATAN IBU BAPA MURID LINUS 2016

Majlis bersama ibu bapa murid LINUS ini telah diadakan pada 31 Mac 2016 / 22 Jamadilakhir 1437H, hari Khamis, jam 2.30 Petang bertempat di Makmal Komputer SK Kampung Shafie

Majlis ini dianjurkan oleh Jawatankuasa LINUS, Unit Kurikulum SK Kampung Shafie Kehadiran. Seramai 16 Orang Ibu Bapa, 16 Orang Murid LINUS dan 12 Orang Guru terlibat dalam majlis ini.

Berikut merupakan tentatif majlis: - Pendaftaran - Ucapan Alu-aluan Juru Acara - Bacaan Doa - Ucapan Guru Besar - Taklimat LINUS Oleh GPK 1 - Sesi Perbincangan - Penyerahan Modul Kepada Ibu Bapa -Jamuan Ringan -Bersurai
Dengan program ini akan dapat mengurangkan bilangan murid LINUS di SKKS, dan mencapai KPI yang telah ditetapkan. In shaa Allah...