CATUR SIRKIT 3 (MSSP) LIPIS

Tahniah kepada adik Mohammad Afif Mukhriz Bin Mohd Nazi Hanizam dia atas kejayaan mendapat pingat gangsa dalam pertandingan catur di SMK Clifford, Lipis pada 24 - 27 Jun 2019. Dengan kemenangan ini melayakkanya ke peringkat negeri di Kuantan pada bulan Julai nanti mengiringi 2 lagi murid SKKS yang telah melayakkan diri terlebih dahulu iaitu Kaseh Khadejah Bt Khairudin dan Hani Dahlia Bt Abdul Talib.
  Kepada adik Adam Asri dan Nur Irfan Ah'lami jangan putus asa mungkin rezeki kalian juga akan datang suatu hari nanti. In shaa Allah..


* untk melihat gambar yang lebih banyak sila ke FB sekolah.

MAJLIS SAMBUTAN AIDILFITRI 2019/ 1440H

Kredit: Sifum@ster
Dijemput datang beramai-ramai bagi memeriahkan lagi majlis ini...

PROGRAM PRO SIFIR 2019

Kredit: Sifum@ster
Program Pro Sifir untuk membantu murid dalam matapelajaran matematik khasnya untuk murid menguasai operasi darab dan membantu murid dalam menjawab soalan. Program ini dilanjutkan sehingga 31 Julai 2019. Hadiah menarik disediakan kepada murid dari tahun 1 hingga 6 yang dapat menghafal sifir 1 hingga sifir 9.

MAJLIS KHATAM AL-QURAN DAN IFTAR

Kredit: Sifum@ster

*untuk melihat gambar-gambar sila ke Album FB Sekolah.

SAMBUTAN HARI GURU 2019

Guru dan staf SKKS 2019

Persembahan murid tahun 6
3 MAY 2019, "GURU, OBOR HEMAH MENYINARI PERTIWI" itulah tema sambutan hari guru pada tahun 2019. Majlis ini dibawakan khas oleh PIBG dan KSIB SKKS untuk menyambut Sambutan Hari Guru khususnya guru-guru dan staf SKKS. Biasanya disambut pada setiap 16 Mei tetapi disebabkan ia jatuh dalam bulan Ramadhan maka majlis disambut lebih awal. Banyak aktiviti yang dijalankan sepanjang Majlis Sambutan Hari Guru ini untuk meraikan guru-guru dan staf SKKS. Tahniah dan terima kasih yang tak terhingga kepada PIBG dan KSIB yang bertungkus lumus untuk menjayakan majlis ini.
*Untuk melihat lebih banyak gambar sila ke FB sekolah

KEJOHANAN CATUR SIRKIT 2 MSSP MARAN 2019

Kejohanan ini telah berlangsung pada 24 - 27 April 2109, Bertempat di Dewan SMK Desa Jaya, Bandar Pusat Jengka, Maran. Seramai 2 orang murid iaitu Adam Asri b. Azmi dan Mohammad Afif Muqkriz b. Mohd Nazi Hanizam telah mewakili SKKS ke kejohanan tersebut untuk melayakkan diri ke Sirkit 4 iaitu pemilihan ke MSSM bersama guru pengiring Syaifurusdi b. Ibrahim. Penginapan peserta daripada Bentong di Homestay Selesa, Maran. Berhampiran dengan SMK Desa Jaya.
         Adam Asri berjaya memperolehi 4.5 mata berkedudukan ke-74, manakala Muhammad Afif memperolehi 6 mata berkedudukan ke-15 daripada 195 peserta bawah 12 tahun. Tahniah diucapkan kepada peserta yang berjuang bersungguh-sungguh namun rezeki belum ada.

Dari Kiri: Muhammad Afif Muqkriz, Adam Asri
Kredit: Sifum@ster

Kredit: Sifum@ster

* Untuk melihat gambar lebih banyak sila ke FB sekolah

KEJOHANAN CATUR INTERNATIONAL OPEN PAHANG 2019

Dari kiri: Adam Asri, Afif Mukqriz, Sifum@ster, Kaseh, Hani
 Seramai 4 orang murid telah menyertai Kejohanan Catur Antarabangsa Terbuka Pahang 2019 di Hotel Ancasa Royale Pekan Pahang dari 20-21 April 2019. Rezeki tidak menyebelahi anak-anak murid SKKS walaupun sudah memerah otak sehingga minit-minit terakhir. Kesilapan di endgame menyebabkan kalah dipusingan final. Diharapkan murid yang terlibat tidak putus asa dan jadikan ia sebagai pencetus untuk lebih berjaya di masa hadapan. In Shaa Allah.

 *untuk melihat gambar lebih banyak sila ke Album FB Sekolah

Banteras Aedes 2019

Program ini telah dilaksanakan pada 19 April 2019. Ianya bertujuan menyedarkan murid-murid tentang bahayanya nyamuk aedes kepada kesihatan manusia. Program ini melibatkan semua murid, guru, staf dan pekerja swasta yang berada disekolah. "Sekolah Bebas Aedes"
Kredit: Sifum@ster

Kredit: Sifum@ster
*untuk melihat gambar lebih banyak sila ke Album FB Sekolah

KEM BESTARI SOLAT SIRI 1 //2019


Kem ini telah diadakan pada 16 April 2019, di bawah unit j-QAF. Tahniah kepada guru-guru PAI, j-QAF dan KAFA dan murid-murid yang terlibat. Program berjalan dengan lancar dan jayanya.

 *untuk melihat gambar lebih banyak sila ke Album FB Sekolah

PERTANDINGAN KANGAROO MATH CHALLENGED 2019

Seramai 6 orang murid SKKS telah menyertai Pertandingan ini di bawah Panitia Matematik. 4 orang murid kategori Ecolier dan 2 orang murid kategori Benjamin. Keputusan akan diumumkan biasanya pada bulan Mei atau Jun. Tahniah kepada Panitia Matematik dan murid yang terlibat. Semoga keputusan yang diperolehi adalah cemerlang. In Shaa Allah.

Kredit: Sifum@ster

Kredit: Sifum@ster
*untuk melihat gambar lebih banyak sila ke Album FB Sekolah

KEJOHANAN CATUR TERBUKA MAINS, NEGERI SEMBILAN.

Seramai 4 orang murid SK Kg Shafie telah menyertai Kejohanan Catur Terbuka MAINS, Negeri Sembilan sebagai persiapan atlet ke peringkat International (April) dan Negeri (Julai) 2019. Atlet yang terlibat adalah Kaseh Khadejah, Adam Asri, Hani Dahlia, dan Afif MUqkriz. Mereka berempat merupakan murid tahun 6. Walaupun Keputusan tidak menyebelahi mereka untuk mendapat hadiah namun pengalaman itu amat berharga buat mereka. Tahniah kepada semua murid yang terlibat, Ibu bapa dan guru yang terlibat.
Kredit: Sifum@ster

Kredit: Sifum@ster
*untuk melihat gambar lebih banyak sila ke Album FB Sekolah

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-40, 2019

kredit: Sifum@ster
*untuk melihat gambar lebih banyak sila ke Album FB Sekolah

PROGRAM KESIHATAN PERGIGIAN

Selasa, 19 Februari 2019, Klinik Kesihatan Simpang Pelangai telah datang ke SKKS untuk menjalankan aktiviti seperti ceramah, pemeriksaan gigi, mengajar cara memberus gigi dengan betul dan lain-lain lagi. Terima kasih kepada Klinik Kesihatan Simpang Pelangai dan misi yang terlibat serta guru-guru dan murid-murid SKKS. Semoga ilmu yang disampaikan dapat diamalkan dengan sebaiknya untuk menjaga kesihatan gigi.

PROGRAM JOM KE SEKOLAH & GURU PENYANYANG 2019

Program JOM ke sekolah telah diadakan pada 18.02.2019 ISNIN. Program pemuafakatan antara KPM dan PDRM. Diharapkan dengan adanya program pemuafakatan ini akan dapat melancarkan lagi perjalanan dan pengurusan sekolah dalam menangani masalah-masalah seperti ponteng sekolah, jenayah dan sebagainya.
*untuk melihat lebih banyak gambar sila ke album FB sekolah

KEJOHANAN OLAHRAGA ZON PELANGAI 2019

TAHNIAH!...kepada pasukan olahraga sekolah yang telah menyertai Kejohanan Olahraga Zon Pelangai di SK Felda Chemomoi pada 15 Feb 2019 (Jumaat). Kontinjen seramai 18 orang murid telah berjaya membawa pulang 4 perak dan 3 gangsa. Tahniah kepada jurulatih, pengurus pasukan, guru pengiring dan semua yang terlibat dalam menjayakan kejohanan olahraga kali ini.
*untuk melihat gambar sila ke album FB sekolah

KEJOHANAN CATUR MSSD BENTONG 2019

TAHNIAH!.. diucapkan kepada pasukan catur SKKS di atas kejayaan yang cemerlang pada tahun ini berbanding tahun sebelumnya. Ini merupakan tahun kedua penyertaan. 2 orang murid layak ke peringkat negeri perempuan B12 iaitu adik Kaseh Khadejah (Johan) dan Hani Dahlia (Naib Johan) serta Afif Muqkriz (Tempat Ke-6). Tahniah kepada jurulatih dan pengurus pasukan catur sekolah serta semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. Kejohana berlangsung pada 12-14 feb 2019 di SMK Karak Setia.
*untuk melihat gambar lain sila ke album FB sekolah

KEJOHANAN BADMINTON MSSD BENTONG 2019

Tahniah diucapkan kepada adik Adam Asri dan Afif Muqkriz kerana berjaya mara sehingga pusingan separuh akhir untuk acara bergu. Tewan kepada SJK(T) Bilut 16-30. Kejohanan ini diadakan selama 3 hari iaitu 29, 30 dan 1 Feb 2019 di SJK(C) Khai Mun Repas. Tahniah kepada jurulatih dan pengurus pasukan serta semua yang terlibat.
*untuk melihat gambar sila ke album FB sekolah

KURSUS KEPIMPINAN PERDANA MURID 2019

Kursus ini telah diadakan selama 3 hari iaitu 29 dan 30 Jan serta 01 feb 2019. Ia melibatkan Pengawas Sekolah, Pengawas PSS, Ketua Kelas, Pen. Ketua Kelas, Murid Tahap 2 dan Pemimpin Muda Kokurikulum. Kursus berjalan dengan lancar dan jayanya.
*Untuk melihat gambar sila ke Album FB sekolah